keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

penyebaran berita palsu bangkai naga putih ditemui di johor bahru





Penyebaran maklumat tanpa sempadan menggunakan medium laman sosial kadangkala membuatkan perkara yang belum tentu sahih pun boleh tersebar dengan galak dalam masa singkat.

Terbaru, gambar seekor binatang menyerupai naga putih yang dijumpai di apartmen Tanjung Puteri, Johor Bahru hangat dikongsikan.

Bangkai naga putih itu yang didakwa jatuh dari langit dan sudah mati kononnya sudah diambil oleh pihak kerajaan untuk dianalisa.

Hakikat sebenarnya, ini adalah berita palsu yang dikitar semula.

Imej binatang menyerupai naga putih ini pernah disebarkan di laman sesawang Twitter versi China, Weibo sebelum ini.

Individu yang memuat naik gambar ini menyatakan binatang dipercayai naga putih jatuh di laman rumahnya ketika waktu hujan.

Binatang itu ditemui selepas dia mendengar bunyi aneh seakan-akan burung menyebabkannya keluar memeriksa dan mendapati ia terdampar dalam keadaan cedera. Begitu pun, kesahihan gambar dan cerita individu ini turut diragukan.

Selain di China, gambar sama juga pernah digunakan untuk penyebaran berita palsu lebih kurang serupa di Thailand.


No comments :

Post a Comment