Isu pada mulanya disebarkan oleh akaun Facebook Valarie Lam (mangsa) yang menginap bilik hotel resort tersebut. Namun mangsa enggan mendedahkan identiti atau nama hotel yang dimaksudkan. Menerusi blog Singapura (http://www.allsingaporestuff.com), kisah tersebut sudah disebarkan oleh seorang rakan Valarie Lam yang berasal dari Singapura dan turut mendakwa kes itu berlaku di A’Famosa.
Untuk mengesahkan dakwaaan itu lagi, pihak kami cuba membanding foto yang disebarkan oleh Valarie Lam dengan foto bilik mandi di Hotel A Famosa Resort yang diambil dari laman web VillaAfamosa. Namun, hasilnya adalah sangat mengejutkan apabila rekaan atau susunan mozek itu adalah sama seperti dalam foto yang tersebar. Jadi berhati hatilah bila menginap di sana ,kerana situasi di sana sangat sangat tidak boleh di percayai bukan niat nak sabotaj tetapi itulsh realiti selagi pengamal kerja terkutuk ini tidak di tangkap .






No comments :
Post a Comment