keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
14 June 2014
doktor pun ada yang kena penyakit mental....lebih lebih lagi yang kerja kat hospital mental...kah kah kah....!!!!
Kuching: Kementerian Kesihatan mendedahkan ada segelintir doktor perubatan di negara ini mengalami tekanan perasaan, selain berisiko mengalami sakit mental berikutan beban tugas melampau yang terpaksa ditanggung setiap hari.
Ketua Perkhidmatan Psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Toh Chin Lee berkata, perkembangan itu berdasarkan kajian kementerian baru-baru ini yang turut memperlihatkan peningkatan membimbangkan jumlah pesakit mental di Malaysia.
“Kami dapati wujud kes tekanan perasaan dan sakit mental membabitkan doktor perubatan.
“Usaha sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti mereka dan kami akan lakukan rawatan awal bagi mengelak implikasi kepada pesakit dirawat,” katanya ketika Persidangan Kesihatan Mental Peringkat Negeri, di sini, semalam.
Toh berkata, perkembangan itu cukup membimbangkan kerana berpandukan kajian yang dibuat menyaksikan jumlah pesakit mental dalam negara semakin meningkat dan membimbangkan.
Katanya, kajian itu turut menunjukkan lebih 20.3 peratus kanak-kanak berusia antara 11 dan 15 tahun dan lebih 11.2 peratus berusia 16 tahun ke atas di negara ini memiliki risiko gangguan mental.
Begitu juga dengan mereka yang berkerja berhadapan dengan pesakit mental..pastinya mereka ini juga tak terlepas dari mengalami masalah ini...apataknya hari hari mengadap dan melayan pesakit mental ,sedikit sebanyak akan juga mempergaruhi tingkah laku semasa bekerja dan di luar waktu pejabat.kalau tak percaya carilah kawan kawan yang berkerja di hospital berkenaan..tanyakan ada tak doktor atau staff yang lain di situ yang mengalami masalah penyakit mental .
salah satu hospital sakit mental yang mana ada di antara kakitangannya mengalami penyakit mental akibat samada bebanan kerja atau pendedahan berterusan melalui hubungan terus dengan pesakit mental .
Bukan sahaja masalah bebanan kerja ,pendedahan berterusan dengan pesakit mental di tempat kerja turut menyumbang masalah ini .Jika di kaitkan dengan bebanan kerja...pihak KKM sepatutnya prihatin dalam hal ini ..Pengagihan doktor di hospital dan di klinik kesihatan sepatutnya di ambil perhatian.
Sebagai contoh ada klinik kesihatan di johor bharu sampai 10 orang doktor bertugas di sana .Sedang sepatutnya paling tinggi maksimum 3 orang sudah mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit,Ini tidak termasuk pembantu perubatan yang sedia ada seramai 3 hingga 4 orang ..
Sedangkan ada hospital dan klinik kesihatan yang lain mengalami kekurangan doktor tidak di beri perhatian..
12% rakyat Malaysia sakit mental
Labels:
doktor sakit mental
,
hospital mental
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment