keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

18 June 2014

woiii...berita gempar lagi dari LEMBU BETINA MAMAK SHARIZAT.....lembu pindah hostel di kondo ke kampus UITM pulak dah....





KELUARGA LEMBU  BERMAHARAJALELA....DAH...MEMANG SIAL KERAJAAN LEMBU  NAJIB NIH...!!!


konsesi penswastaan kampus UiTM Cawangan Seremban 3 di Negeri Sembilan DI LAPORKAN  telah  diberikan kepada syarikat milik adik Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Pemilikan konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat, Inovatif Mewah Sdn Bhd yang memiliki 29% ekuiti didalam Tentu Selesa Sdn Bhd.

Tiga buah syarikat tersebut adalah Menang Development Sdn Bhd, Menang Industries Sdn Bhd, dan Tentu Selesa Sdn Bhd.

Syarikat Menang Development Sdn Bhd dan Menang Industries Sdn Bhd adalah milikan penuh oleh Menang Corporation Berhad iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua orang tokoh yang rapat dengan Umno.

Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah adik kepada Shahrizat Jalil , Datuk Shahrir Abdul Jalil dan juga Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali,” katanya.

Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman.

Siasatan kita  menunjukkan Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan dalam pelbagai urusan kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS.

Semakan lanjut menunjukkan Shahrir Abdul Jalil juga pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai dan beliau juga pernah digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005.

Beliau digantung kerana didapati bersalah ekoran amalan politik wang..Susun atur pemegang konsesi penswastaaan UiTM Cawangan Seremban 3 ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme telah digunakan di Malaysia bagi mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno.

Bagaimana syarikat yang hanya bermodal RM2 sahaja telah diberikan pegangan sehingga 29 peratus dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Selepas melakukan pendedahan ini,kita berharap Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.  lebih teliti dalam isu ini dan skop siasatan mereka di harap lebih meluas kerana inilah keistimewaan mandat yang dimiliki oleh Ketua Audit Negara.

1 comment :

  1. golongan penyamun, perompak, penyeleweng, pengkhianat bangsa, agama dan negara yang menguasai umno, sebab itu mereka kebal dan kepala batu.

    Ya Allah Percepatkanlah kehncuran umno/bn dan binasakanlah kekuasaan mereka, kami hidup susah, mereka menghisap darah rakyat, tiada keupayan bagi kami menghancurkan mereka, kami mohon pertolongan Mu ya Allah, binasakanlah mereka sebagaimana Engkau membinasakan firaun, amin.

    ReplyDelete