Shanghai: Dicari
oleh seorang pemuda kaya: Wanita pengiring untuk diupah sebagai teman meraikan
Tahun Baru Cina kali ini bagi mengaburi mata ibunya supaya dia mempunyai
kekasih. Keinginan lelaki terbabit didedahkannya di laman sesawang Weibo
semalam. Dalam kenyataannya, lelaki terbabit mendakwa ibunya mendesak supaya
berkahwin segera tetapi dia menghadapi masalah kerana belum mempunyai teman
wanita. Justeru, katanya, cara terbaik untuk dia memuaskan hati ibunya pada
musim perayaan akhir bulan ini ialah menyewa seorang wanita sebagai kekasih
untuk tempoh tujuh hari.
Untuk menarik
perhatian wanita yang diingini, lelaki kaya itu menawarkan ganjaran sebanyak
satu juta yuan (RM548,900) dengan 200,000 yuan (RM109,778) dibayar sebagai
pendahuluan. Lelaki terbabit juga menawarkan tiket penerbangan percuma dari
Shenzen ke Zhengzhou. Dia mungkin kelihatan terdesak tetapi nampaknya tidak
sembarang wanita boleh mendapat peluang itu. Melalui iklan berkenaan lelaki
bujang itu meletakkan syarat kepada wanita yang berminat, mereka mesti memiliki
berat badan kurang daripada 50 kilogram, tinggi melebihi 168 sentimeter,
berwajah ayu dan memiliki pendidikan minimum sarjana muda.
Katanya, dia lebih
berminat kepada wanita memiliki ijazah peringkat doktor falsafah, serta masih
dara. “Jika wanita yang memenuhi syarat itu menarik perhatian saya, mereka akan
diberi bonus 10 peratus,” katanya. Pengumuman itu mendapat perhatian ramai di
Weibo - laman sesawang blog mikro popular di China. Sesetengah pengguna Weibo
menganggap tawaran sejuta yuan untuk tempoh seminggu itu setara dengan
pendapatan seorang pelakon atau penyanyi poluar Sebahagian yang lain pula
mengeluh kerana tidak dilahirkan sebagai wanita, sekali gus melayakkan mereka
mencuba nasib, Pos itu menarik 10,000 komen pada hari pertama dengan 5,264
wanita tampil mencuba nasib
ITU LELAKI,PEREMPUAN
PUN APA KURANGNYA
Laman sesawang
Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang
wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. Media semalam
melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing
untuk tempoh minimum tiga hari. Berdasarkan keterangan pada laman sesawang
berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan
mereka.Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj
yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.
Caj itu tidak
termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. Perkhidmatan lain
yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi
jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.
Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan
bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang
diberikan.Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’
itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.
Kata Fang dia mahu
mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di
universiti dan memulakan kerja. “Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama
ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga
masing-masing,” katanya. Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu
berkembang maju. Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua
masing-masing yang mendesak mereka berkahwin
No comments :
Post a Comment