keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

pengecas yang mampu mengecas dua kali ganda





Adakah alat pengecaj peranti atau telefon pintar anda sekarang memerlukan masa yang panjang untuk dicaj sehingga penuh?

Sekiranya anda tidak sabar menunggu, ‘The Legion Meter’ pasti dapat membantu.

Alat bantuan tambahan ini boleh mengecas bateri sehingga 92 peratus lebih cepat dan selamat. Peranti ini juga mempunyai paparan OLED kecil yang akan menunjukkan fungsi bateri dan berapa banyak kuasa yang masih tinggal.

Peranti tambahan ini berfungsi dengan meningkatkan aliran elektrik yang mengalir semasa proses mengecas dan memastikan aliran tersebut dipotong serta merta sesudah bateri dicas penuh.

Alat ini dianggap paling signifikan memandangkan laporan daripada beberapa hasil tinjauan peranti mudah alih bulan lepas menyaksikan keperluan utama pengguna telefon pintar kini bukan lagi saiz skrin atau kualiti kamera. Sebaliknya yang menjadi keutamaan pengguna ialah kuasa bateri yang lebih lama.

Gajet praktikal serta canggih ini dijual pada harga US$69 (RM220) dan dijangka mula dipasarkan penghujung tahun ini.

No comments :

Post a Comment