keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 June 2014

ini bukan sakit hati ,ini bukan irihati bila melayu kaya....ini masalah melayu jadi bapak penyamun...timbalan menteri Umno miliki saham konsesi UiTM Tapah...!!!!




Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman (gambar) merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah.

Memang sah  ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah.

Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.
Sri Rahayu juga pernah menjadi setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin.

Ini mengulangi perkara yang sama dalam konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.

Seorang lagi pengarah dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Tajuddin adalah Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka.

Selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Tajuddin adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

Kepentingan beliau dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd.

Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Tajuddin memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu yang rapat dengan Tajuddin iaitu anaknya sendiri, Sri Rahayu dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

Walaupun pegangan Tajuddin tidak sebesar pegangan ahli politik Umno lain dalam konsesi yang di dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat.

Sejak minggu lalu berbagai  pendedahan  melibatkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Umno memiliki konsesi penswastaan UiTM di seluruh negara

1 comment :

  1. tolong melayu 10 gasak melayu 100 kik kik kik .....Zaman najib...inilah yang berlaku...itulah sokongan rakyat menipis.....tu pasal rasuah bermaharajalela di zaman panda kutty ini memerintah...jahanam negara di kerjakan penyamun UMNO...lahanat

    ReplyDelete