senarai virus virus bahaya perosak institusi raja raja melayu yang di maksudkan oleh MB Perlis
mamak haramjadah dalang dan petualang menghina raja raja melayu....
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pendukung institusi raja yang menolak institusi itu apabila kepentingan mereka tergugat sebagai virus berbahaya dan menghancurkan keharmonian rakyat.
Beliau berkata golongan itu yang wujud dalam masyarakat hari ini menggunakan institusi raja untuk kepentingan peribadi mula bersikap menentang apabila kepentingan mereka dicabar.
Golongan ini, katanya, ibarat tiada semangat jati diri kerana tidak menghormati institusi raja sedangkan penjajah Inggeris pun menghormati dan menerima institusi raja dalam sistem pemerintahan negara.
"Bangsa Melayu seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik serta mempertahankan hak mereka untuk terus menjadi tunjang perpaduan rakyat," kata Azlan ketika berucap menutup Seminar Institusi Raja (SIRAj) II 2014 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, dekat Arau, hari ini.
Katanya sistem raja berperlembagaan yang termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Negara selain institusi raja sebagai payung dan lambang kerajaan sejak zaman berzaman dihormati setiap lapisan rakyat.
"Golongan yang berusaha mencemarkan institusi raja ini sebenarnya tidak pernah belajar sejarah dan memahami peranan institusi raja dalam kehidupan masyarakat Melayu," kata Azlan.
Beliau berkata setiap kesusutan yang menimpa umat Islam boleh dirungkai selagi penganutnya berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad
Katanya kerajaan negeri menghargai segala usaha UniMAP bekerjasama dengan Pejabat Raja Perlis dan Muzium Negara menganjurkan SIRAj II dalam usaha memperkasakan institusi raja serta mendidik generasi muda memahami sistem pemerintahan beraja dengan jelas.
Mengenai resolusi SIRAj II, Azlan berkata kerajaan negeri mahu ia diterapkan dalam kehidupan rakyat kerana terdapat kalangan rakyatnya tidak memahami peranan institusi raja dan hubung kaitnya dengan kerajaan yang memerintah.
Sebelum itu pengerusi SIRAj II yang juga Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin membentangkan tujuh resolusi yang diputuskan seminar itu yang bermula semalam.
Antara resolusi itu adalah sejarah dan kerajaan Perlis patut disebarluaskan kepada generasi muda agar menjadi warisan dan penghayatan rakyat Perlis; adat istiadat diraja patut diketahui rakyat sebagai satu cara menjunjung kasih kepada institusi raja Perlis;
Agama Islam menjadi dasar pegangan dan penghayatan kepimpinan diraja sebagai tunggak pemerintahan negeri untuk dicontohi rakyat; pengukuhan institusi raja sebagai agenda berterusan; serta pemerintahan beraja menjadi pemangkin yang relevan dengan pembangunan ekonomi dan sosial negeri yang berterusan. –
Bernama
keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
14 June 2014
pukol anak sindir menantu....penentang institusi raja adalah virus merbahaya, kata MB Perlis ....kah kah kah kah....!!!!
Labels:
hina raja
,
MB Perlis
,
politik
,
UMNO penderhaka
,
virus bahaya
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
begitu juga mana mana insitusi raja yang tidak membawa kebaikan dan tidak menjaga kepentingan warganegaranya dan sanggup mengadai warganegara untuk kepentingan ekonomi mereka merupakan kanser, lebih merbahaya dari virus!...jangan lupa pula,,,!!!
ReplyDelete