keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

21 June 2014

JAKIM memperlekehkan KKM...hanya jabatan kimia layak mengesahkan halal....apakata jabatan kimia juga boleh di 'di beli ' macam JAKIM oleh taukeh DNA babi CADBURY....?



KUALA LUMPUR: Insiden coklat Cadbury yang mulanya dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum disahkan sebaliknya oleh Jabatan Kimia, benar-benar mencetuskan polemik di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Keputusan analisis Jabatan Kimia itu mewujudkan persoalan - mengapa analisis itu dijalankan sedangkan keputusan telah dikeluarkan oleh KKM terlebih dahulu. Mengapa tidak keputusan KKM itu yang digunakan?

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha hanya keputusan Jabatan Kimia sahaja diperakui dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), bahkan juga di mahkamah, memandangkan hanya Jabatan Kimia pakar untuk ujian berkenaan.

AKREDITASI OLEH JABATAN STANDARD

Beliau berkata makmal Jabatan Kimia diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

Katanya makmal KKM diberi akreditasi oleh Jabatan Standard hanya untuk membuat ujian terhadap produk berasaskan daging serta ikan dan bukan makanan yang telah diproses.

Othman menjelaskan ujian yang dilakukan oleh KKM itu adalah ujian yang dibuat terhadap sampel dari pasaran semata-mata, yang mungkin boleh terdedah kepada pencemaran.

Katanya sampel makanan bukan sahaja perlu diambil di kilang iaitu bermula daripada ia mula diproses, tetapi juga seluruh rantaian pengeluaran produk berkenaan termasuk setiap bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, mesin dan peralatan yang digunakan.

"Analisis bagi menentukan halal haram bukannya mudah... masyarakat mungkin nampak ia sangat mudah, seolah-olah letak makanan atas piring mikroskop terus nampak ada DNA atau tidak.

"Sedangkan ia sangat teknikal dan memerlukan penelitian serta prosedur yang ketat, selari dengan konsep dari 'ladang ke atas meja' bagi memastikan tidak ada proses yang terlepas pandang," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

AUDIT DENGAN TELITI

Bagaimana proses permohonan sijil halal dijalankan bagi memastikan yang benar-benar halal sahaja memperoleh sijil berkenaan?

Othman berkata pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online melalui sistem e-Halal sebelum permohonan itu diproses dengan teliti.

Katanya mereka perlu mengisytihar semua produk dan bahan ramuan yang digunakan termasuk pembekal untuk setiap bahan dan juga status sama ada bahan yang digunakan itu mempunyai pensijilan halal atau tidak.

"Sekiranya setiap bahan mentah dan ramuan yang digunakan itu telah mendapat sijil halal daripada Jakim atau badan luar negara yang diiktiraf, mereka boleh gunakan sijil itu sebagai sokongan.

"Kita sangat teliti. Kalau kita ada keraguan terhadap bahan itu, kita akan ambil sampel dan hantar ke Jabatan Kimia dahulu semasa audit sebelum kita beri kelulusan," katanya.

Beliau berkata audit juga akan dibuat di kilang pemprosesan bagi memastikan aspek halal lain turut dipatuhi.

"Bahan ramuan akan diperiksa sama ada sama dengan yang diisytihar termasuk memeriksa invois pembelian dan bukti-bukti pembelian serta bukti penggunaan produk itu.

"Proses pembuatan produk turut ditekankan termasuk aliran pemprosesan, peralatan, kebersihan persekitaran dan pekerja," katanya.

PEMERIKSAAN MENGEJUT

Othman berkata Jakim juga mewajibkan setiap syarikat multinasional untuk mempunyai sistem jaminan halal atau eksekutif halal dalaman bagi memantau sendiri perjalanan kilang sentiasa mengikut pematuhan halal.

"Kita juga bersetuju agar syarikat membuat pemantauan dalaman sendiri dengan mengambil sampel bahan ramuan dan hantar ke makmal yang diakreditasi untuk kepastian mereka," katanya.

Beliau berkata selepas sijil halal diperoleh, pemeriksaan pemantauan secara mengejut akan dibuat di premis berkenaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pemantauan mengejut akan dilakukan lebih daripada sekali dalam setahun terhadap syarikat yang berisiko tinggi iaitu produk yang berasaskan daging dan ayam, minyak dan lemak, rumah sembelih, tiada sistem kawalan halal, tiada eksekutif halal dan Jawatankuasa Halal Dalaman,

Sekiranya aduan awam diterima, beliau berkata Jakim bersama agensi penguatkuasa berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan akan membuat serbuan mengejut.

"Pemantauan susulan iaitu pemeriksaan verifikasi turut dibuat sekiranya tindakan pembetulan diambil oleh syarikat gagal mematuhi MPPHM," katanya.

KATEGORI KESALAHAN

Beliau berkata terdapat tiga kategori kesalahan utama di bawah MPPHM iaitu kesalahan kecil, kesalahan besar dan kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan termasuk penarikan balik sijil halal.

Antara kesalahan kecil yang melibatkan teknikal boleh diberi amaran dan arahan pembetulan seperti kesalahan seperti kebersihan premis, peralatan, pekerja dan persekitaran, kawalan makhluk perosak serta lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi.

Kesalahan besar yang dilakukan pula boleh mengakibatkan tindakan penggantungan sijil halal atau sekiranya diputuskan oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia, sijil halal syarikat berkenaan boleh ditarik balik.

Katanya antara kesalahan termasuklah perubahan dan penambahan pembekal atau pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf selain menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak mendapat sijil halal Malaysia.

Selain itu, pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal, memberi pinjam atau serah sijil halal asal kepada premis atau syarikat lain, ubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal dan menukar atau menambah bahan ramuan yang diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis.

KESALAHAN SERIUS

Othman berkata kesalahan serius yang melibatkan syariah dan teknikal boleh menyebabkan sijil halal ditarik balik, antaranya pengesahan status halal oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk, bahan ramuan ataupun peralatan yang digunakan.

"Kesalahan syariah lain, penggunaan bahan haram setelah memiliki sijil halal, percampuran atau penyimpanan bahan atau produk halal bersama yang haram, penggunaan peralatan bercampur aduk dengan halal dan haram, memproses haiwan yang tidak sempurna mati dan sembelihan, serta penggunaan alat kejutan sehingga menyebabkan haiwan mati.

"Kesalahan teknikal pula seperti perpindahan premis atau kilang dan perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa maklum, penyembelih tidak memiliki tauliah atau tauliah penyembelih tamat tempoh, membawa masuk bahan haram dan menggunakan bahan terlarang," katanya.

Jika sabit kesalahan tindakan boleh diambil menurut Akta Perdagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta kepada syarikat, manakala individu, maksimum RM1 juta dan penjara tiga tahun.

Secara amnya pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan halal adalah meliputi pengeluar, pengilang produk, pengedar, penjual, pengeluar sub-kontrak, pembungkusan semula, premis makanan, rumah sembelih dan logistik.


BERNAMA

1 comment :

  1. alasan banggang pengarah JAKIM..dah kenyang makan duit babi...ambil contoh dari pasaran di katakan ada pencemaran...pencemaran yang macam mana dia tak jelaskan....yang di ambil dari pasaran sebenarnya adalah yang sedang di jual dan berbungkus lagi...so tang mana yang di katakan ada pencemaran....kalau ambil dari kilang dah tentu tak dapat bukti apa apa sebab sebelum JAKIM datang , manager kilang dah arahkan bersihkan semua bahan bukti...

    jangan lupa jabatan kimia juga tiada kelayakan antarabangsa dan ianya boleh di pertikaikan..
    baca ini....http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/08/kes-liwat-makmal-dna-jabatan-kimia.html ....dan ini...http://kmwicbmwid.blogspot.com/2011/08/kredibiliti-jabatan-kimia-tiada-tauliah.html......kesimpulannya jabatan kimia dan JAKIM semuanya boleh di beli untuk kepentingan pihak tertentu...ala biasa la...jabatan kerajaan semuanya di bawah UMNOngokk....semuanya ikut telunjuk sang penguasa yang korup....malaysia boleh...!!!

    ReplyDelete