keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

11 April 2014

benarkan amalan rasuah ,penyelewengan serta penindasan terhadap rakyat...najib pesan kepada rakyat supaya jangan tukar kerajaan...baguslah lagi cepat negara ini hancur di tangan perompak dan penyamun kroni...!!!












KUANTAN –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.

Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.

“Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan…buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.

“Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya ,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Seri Damai, dekat sini hari ini.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.

Beliau berkata rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan geran tanah RTK kepada 167 peserta dengan setiap seorang peserta diberikan satu lot tanah berkeluasan 0.4 hektar.

Kampung Seri Damai diisytiharkan sebagai RTK pada 18 November 1985 bersama 36 RTK lain di daerah ini.



BERNAMA

1 comment :

  1. negara demokrasi tulin di luar tak buat perangai kerajaan najib sebegini...kalau macam tu tak payah lah buat pilihanraya...buat apa nak adakan pilihanraya...bazirkan duit ,masa dan tenaga rakyat yang mengundi..kenapa tak terus terang ajer perintah ala firaun sampai kiamat...kan senang...!!!

    ReplyDelete