keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 April 2014

kerja siapa agaknya buang mayat berbungkus begini...!!!





PENDUDUK tempatan kecoh sekali lagi apabila satu mayat siap berbungkus ditemui di tepi jalan di Bukit Minyak, Pulau Pinang pagi tadi.

Mayat berbungkus dijumpai di Lorong 4, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Ini merupakan penemuan ketiga mayat berbungkus ditemui di kawasan ini setelah kali pertama dan kedua pada bulan Januari dan Febuari yang lepas.

Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh orang ramai.



kisah sebelumnya...27  februari 2014

Misteri Mayat Dikafan Dan Ditinggal Di Tepi




kelmarin , satu kegemparan berlaku apabila satu mayat yang kelihatan sudah lengkap dikafankan ditinggal di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Semua tertanya-tanya, apa sudah berlaku hingga mayat yang sepatutnya dikebumikan di kubur tiba-tiba terdampar di tempat awam.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, (SPT) Asisten Komisioner Azman Abu Lah boleh dianggap telah merungkai semua misteri.

Sebenarnya, mayat yang dilihat dalam gambar bukanlah sudah siap dikafankan tetapi kelihatan semacam itu kerana dibungkus dengan cadar bercorak bunga warna ungu cair.

Mayat yang ditemui sempurna itu masih belum diuruskan dan siasatan awal mendapati dia baru sahaja meninggal dunia dalam keadaan mulut berbuih.

Si mati dipercayai warga asing meski pun tiada sebarang dokumen ditemui bersamanya.

Mengikut makluman polis, tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan ditemui pada badan mayat.

Begitu pun, jenazah sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth untuk proses bedah siasat.

No comments :

Post a Comment