
YUSOF (kiri) menunjukkan sambungan paip haram dalam operasi di ladang tanaman bunga dan kandang lembu di Batu Arang, Rawang, Selangor semalam sambil diperhatikan oleh Priscilla.
RAWANG – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menanggung kerugian sebanyak RM2.95 juta akibat kegiatan mencuri air dengan melakukan sambungan secara haram di sekitar Selangor.
Pengarah Eksekutif Projek dan Bahagian Kehilangan Air Tanpa Hasilnya, Yusof Badawi berkata, jumlah tersebut dicatatkan dari Januari hingga April tahun ini melibatkan 59 kes yang dilakukan oleh individu termasuk syarikat.
“Mengikut rekod, dalam tempoh itu, sebanyak 908 aduan berhubung kes curi air diterima, manakala 59 daripada jumlah tersebut diklasifikasikan sebagai sahih dan telah diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi mencegah sambungan haram di ladang tanaman bunga dan kandang lembu di Batu Arang di sini kelmarin

Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai
No comments :
Post a Comment