keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

13 April 2014

potong Q punya pasal semasa memesan makanan sampai berbunuhan.....!!!



Seorang anggota polis bahagian Senjata dan Taktik Khusus (SWAT) di China maut selepas ditikam semata-mata kerana pertengkaran ketika beratur untuk memesan makanan di restoran.

Pada kejadian 6.50 petang Khamis lalu, anggota polis yang dikenali sebagai Wan pergi ke Restoran Pizza Hut di Pasaraya Ximei, Yanjiang bersama keluarganya untuk makan.

Ketika beratur untuk memesan makanan, Wan dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki kerana menegur tindakannya memotong barisan.

Lelaki yang tidak berpuas hati itu kemudiannya menelefon kawan-kawannya untuk datang membantu.

Salah seorang daripada tiga rakan yang datang menikam Wan dengan pisau pemotong buah di perut sebelum melarikan diri.

Hasil siasatan, pihak berkuasa menahan tiga suspek dikenali sebagai Li, Wang dan Liu yang akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Kejadian ini mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai bagaimana anggota SWAT begitu mudah dibunuh namun dipercayai, si mati mungkin tidak menyangka pertengkaran yang berlaku boleh membuatkan suspek sampai sanggup membunuh.

No comments :

Post a Comment