keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

08 April 2014

keranda pun boleh kitar semula



Hong Kong: Aktivis tegar alam sekitar kini boleh terus beramal dengan keyakinan mereka walaupun selepas kaku tidak bernyawa apabila “keranda kitar semula” diperkenalkan, lapor media semalam.

Menurut aktivis, jika keranda mesra alam itu digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari, ia dapat menyelamatkan sehingga 48 meter padu kayu setahun.

Keranda itu dicipta membabitkan dua bahagian -lapisan luar diperbuat daripada kayu keras, manakala bahagian dalam diperbuat menggunakan kayu berongga yang tahan menampung berat badan si mati.

Ketua Eksekutif Green Life Passage yang menghasilkan keranda itu, Lam Ka-hei berkata, lapisan luar kerana boleh digunakan semula selepas mayat serta bahagian dalam keranda berkenaan dibakar.

Katanya, antara kelebihan produk itu ialah, keranda berkenaan terbakar lebih cepat 26 minit berbanding keranda biasa.

“Kami sedar ada pengguna khuatir menggunakan semula keranda lama kerana faktor kepercayaan, namun kami beranggapan ia tidak banyak beza dengan penggunaan katil hospital.

“Ramai orang meninggal dunia di katil hospital tetapi masih ada orang lain menggunakannya,” katanya.

No comments :

Post a Comment