keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

15 April 2014

pecutlah sesuka hati di lebuhraya ini...

Bagi sesetengah pemandu yang berasakan mereka amat cekap di jalanraya, dapat menekan minyak sesuka hati tanpa bimbang disaman kerana melanggar undang-undang had laju adalah mimpi jadi kenyataan.

Jika ini adalah impian anda, maka lima lebuhraya di bawah adalah tempat yang pasti membuat anda gembira.

1) Autobahnen, German

Walaupun pemandu digalakkan tidak menekan minyak melebihi 130km/j ketika melalui lebuhraya sepanjang 12,845km ini, pemandu tidak akan ditahan jika memandu lebih laju. Sememangnya di kebanyakan tempat di German had laju cuma dikuatkuasakan di sesetengah kawasan sahaja kerana faktor tertentu yang kadangkala cuma sementara. Sebagai contoh apabila jalan terbabit terlalu terdedah pada risiko kemalangan, dalam proses pembinaan atau pembaikian atau ketika cuaca buruk.

2) Lebuhraya Wilayah Utara, Australia



Tak kisahlah apa pun had laju yang ditetapkan, ia tiada gunanya jika tiada kamera atau anggota polis yang memerhati. Di lebuhraya ini, anda tidak perlu risau ada polis ketika memandu laju dan kenderaan pun jarang-jarang lalu tapi mata mesti dibuka luas kerana takut ada kanggaro atau haiwan liar tiba-tiba melintas. Dalam erti kata lain kalau terjadi kemalangan atau apa-apa pada anda, maka ia mungkin lewat sikit disedari.

3) Pulau Man, Britain

Di pulau kecil yang ditadbir sendiri British Crown dan terletak di pantai antara Great Britain dan Ireland ini, pecutlah sesuka hati tapi pastikan anda sentiasa cermat dan hati-hati. Sebab walaupun tiada had laju kebangsaan, pulau ini masih mempunyai undang-undang berkaitan memandu secara cuai dan berbahaya.

4) India

Tiada had laju ditetapkan di lebuhraya India yang terletak di Andhra Pradesh dan Maharashtra. Tapi pastikan anda hati-hati kerana sejarah pada 2012 menyaksikan 26 maut manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah kereta yang dipandu laju bertembung dengan bas.

5) Emiriyah Arab Bersatu (UAE)



Secara teknikalnya had laju ditetapkan adalah 121km/j tetapi polis biasanya tidak akan menahan kecuali jika anda memandu melebihi 140km/j. Walaupun hebat di jalanraya jangan sekali-kali terfikir untuk lari daripada polis jika disuruh berhenti sebab polis UAE dikenali antara pasukan polis yang memiliki kenderaan paling laju di dunia. Pasukan polis sana dibekalkan dengan kereta seperti Nissan GT-R, Mercedes-Benz SLS, Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Lamborghini Aventador dan Ferrari FF.

No comments :

Post a Comment