keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

06 April 2014

nak cepat kaya cara mudah...apa cara sekali pun di redah



PENJENAYAH juga sanggup memecahkan mesin untuk mendapatkan wang.

KETIKA sedang melakukan rutin rondaan pada pagi itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya, Selangor berhadapan detik-detik cemas apabila menyaksikan kejadian mesin pengeluaran automatik (ATM) di bank berkenaan dilarikan sekumpulan penjenayah.

Dalam kejadian pukul 5 pagi, 2 April lalu, penjenayah terbabit menggunakan tali yang disambung pada pacuan empat roda jenis Toyota Hilux untuk menarik keluar satu daripada mesin ATM di bank tersebut.

Pacuan empat roda ini kemudian menarik keluar mesin ATM dari bangunan sebelum mengangkatnya ke dalam sebuah van jenis Toyata Hiace. Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki kedua-dua kenderaan terbabit.Penjenayah terbabit hanya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk melakukan jenayah itu.

Jaga berusia 24 tahun yang bertugas di bank tersebut sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan namun siasatan mendapati nombor tersebut milik kenderaan lain.

Dalam kejadian pada 4 Mei tahun lalu, sebuah mesin ATM di bank sama turut dilarikan dan kerugian dianggar berjumlah RM200,000.

Penjenayah terbabit dipercayai melarikan mesin seberat 150 kilogram itu dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Meskipun besar dan berat, jenayah melarikan mesin tunai itu dilihat semakin berleluasa dan menjadi sasaran utama penjenayah terutamanya bagi mereka yang ingin mengaut kekayaan dalam masa singkat.

Sebanyak tujuh kes kecurian mesin ATM dilaporkan di seluruh negara pada tahun 2012 dan 2013.Berdasarkan rekod polis, kes kecurian yang dilaporkan pada 2013 adalah sebanyak lima kes dan dua kes pada tahun sebelumnya.

Statistik kesalahan berkaitan mesin ATM termasuk kecurian, buka dan pecah pula adalah 54 kes (2012) dan 78 kes (2013).

Antara kelemahan yang menjadi punca utama mesin ATM mudah dilarikan penjenayah adalah struktur pembinaannya yang tidak kukuh.

Mesin tersebut tidak dipasang dengan kukuh sehingga menyebabkan ia mudah digerakkan sekiranya ditarik.

Selain pemasangan tidak kuat, kegagalan pihak bank atau premis memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang terdapat mesin ATM juga menjadi punca ia dirompak.

Selalunya kita akan melihat CCTV, tetapi jika alat berkenaan tiada atau diletakkan di tempat yang tidak sesuai, bagaimana siasatan hendak dijalankan?

Di samping itu, keadaan persekitaran yang gelap dan kurang pencahayaan turut menyumbang kepada kejadian sebegini.

Pemasangan CCTV sepatutnya turut dikuatkuasakan di bahagian yang menempatkan mesin ATM kerana ketika ini masih ada bank yang tidak menempatkan kamera itu di bahagian tersebut.

Selain itu, bank juga memerlukan sistem sekunder kedua seperti alat perakam sebagai alternatif untuk memudahkan kerja-kerja mengesan penjenayah.

Setakat meletakkan CCTV tidak membantu kerana ia mudah dikesan lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang dalam.

Ini kerana mereka yang disyaki merupakan orang terdekat yang mempunyai akses kepada mesin ATM seperti mengetahui jadual penghantaran wang, mahir tentang alat penggera dan sudah sedia maklum tentang lokasi kamera tersebut.



No comments :

Post a Comment