keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

10 April 2014

taukeh kad ATM ada 795 kad



Bangkok: Polis Lumpini menahan dua rakyat Romania yang mempunyai 795 kad ATM palsu.
Mereka kini disiasat kerana disyaki menggunakan kad berkenaan untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM di Bangkok.

Ketua Polis Metropolitan Major Jeneral Suebsak Phansura berkata, dua lelaki itu dilihat menaiki teksi motosikal berhampiran Thailand Tobacco Monopoly di daerah Klong Toey, kelmarin.

Katanya, polis menjalankan pemeriksaan selepas mendapati dua lelaki itu dalam keadaan meragukan.

Seorang daripada mereka memegang sejumlah kad ATM menyebabkan polis membuat pemeriksaan lanjut di bilik hotel mereka dan menemui keseluruhannya 795 kad ATM serta mesin mencuri data.

Dengan bantuan Siam Commercial Bank polis mendapati 431 daripada kad itu mengandungi data manakala 364 selebihnya kosong.

Bank menganggarkan jumlah kerugian sebanyak 100 juta baht (RM10 juta) jika dua lelaki terbabit berjaya mengggunakan semua kad dimiliki untuk mengeluarkan jumlah maksimum daripada pelbagai ATM.

Menurut polis, dua lelaki itu mengakui diupah 500 euro (RM2,200) untuk mengeluarkan wang menggunakan kad palsu berkenaan yang mengandungi data yang digodam daripada bank di Itali.

No comments :

Post a Comment