keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

15 April 2014

selfie dengan mayat



Adakah ini selfie paling teruk? Bergambar dengan mayat, bukan satu gurauan. Tapi itu yang dilakukan oleh seorang remaja sekolah menengah ketika melakukan lawatan ke jabatan biologi Universiti Alabama.

Selfie yang diambilnya itu dimuat naik dalam instagram.

Biarpun dia sudah memadamkannya, namun ada rakannya yang sudah merakamkan gambar itu dan menunjukkan kepada kakaknya.

Kes itu kemudian diadukan kepada pihak sekolah.

Ia menyebabkan kes ini menjadi kecoh kerana jelas sekali tindakan pelajar itu melanggar arahan yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

Arahan itu termasuk tidak boleh membawa telefon bimbit, tidak boleh mengambil gambar dan mengalihkan kain yang menutup muka simati.

Susulan itu, pihak sekolah sedang membincangkan tindakan disiplin yang bakal dikenakan ke atas pelajar itu.

Dalam pada itu, jurucakap Universiti Alabama dalam kenyataannya menyifatkan insiden itu sebagai tidak menghormati mayat dan polisi yang ditetapkan.

“Pelajar itu melanggar peraturan yang ditetapkan dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima serta amat mengecewakan. Kami akan mengkaji semula prosedur kami bagi memastikan kejadian ini tidak berulang,’’ katanya

No comments :

Post a Comment