keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

10 April 2014

penyakit di hempap tiang gol masih ada lagi rupanya....salah siapa sebenarnya...?



IQBAL (kiri) menujukkan tiang gol yang menghempap adiknya, Ahmad Ilham di sebuah padang permainan di Taman Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor Isnin lalu.

BATU PAHAT - Kegembiraan seorang budak lelaki bermain di padang berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dihempap tiang gol di sebuah taman permainan di Taman Sri Wangsa di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Bukit Soga mengalami pendarahan teruk selain patah tulang rahang.

Ibu mangsa, Norsukhaila Mohd. Noh, 36, berkata, dia hanya mendapat tahu kejadian buruk menimpa anak keduanya itu setelah dimaklumkan anak sulungnya yang turut menyaksikan kejadian tersebut.

Norsukhaila memberitahu, dia yang sedang menyiapkan hidangan makan malam ketika itu amat terkejut lalu bergegas ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), sebaik arwah dibawa oleh suaminya, Ahmad Zaki Mohd. Abu Khairi, 35.

No comments :

Post a Comment