keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

06 April 2014

pencabulan rejim haram pro yahudi as sisi terhadap institusi perundangan




PROSES perbicaraan yang dilakukan di mahkamah Mesir melalui pertuduhan secara berkelompok dan mengetepikan hak membela diri sangat tidak wajar



PARA penyokong Morsi tidak pernah berhenti menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.



SEBUAH kereta terbakar di hadapan Universiti Kaherah selepas berlakunya rusuhan oleh sekumpulan pelajar.



MESIR merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika Utara.


Selain daripada 529 yang dijatuhkan hukuman mati, lebih 1,000 penyokong Morsi dan anggota IM turut didakwa di mahkamah atas tuduhan yang sama.

Pada 31 Mac pula, seramai 33 penyokong telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas dakwaan mencetuskan rusuhan, merosakkan harta benda awam dan menyebabkan kematian seorang anggota polis pada protes yang berlangsung pada Ogos 2013.

Salah seorang tertuduh, Gehad el-Hadad yang hadir pada perbicaraan 1 April lalu, menggesa kuasa-kuasa dunia untuk menegakkan demokrasi di Mesir.

Kepada pemimpin-pemimpin dunia yang bercakap atas nama demokrasi, inilah masanya untuk bangkit bagi menamatkan rampasan kuasa tentera.

"Kami akan terus berjuang untuk kebebasan negara ini. Ia akan bertukar menjadi keluarga Abdel Fattah. Namun, kami tidak akan menyerah kalah," tegas Hadad yang bercakap dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, pihak mahkamah turut memerintahkan setiap tertuduh membayar denda 50,000 pound Mesir (RM23,464) atas kesalahan tersebut.

Kumpulan hak asasi, Amnesty International mengatakan, tindakan keras yang dilakukan tentera Sisi terhadap penyokong Morsi telah menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Ribuan akan dipenjara termasuk kepimpinan tertinggi IM. Malah, Morsi sendiri berdepan tiga perbicaraan berasingan.

Tindakan yang diambil oleh mahkamah di Mesir amat memeranjatkan.Pertuduhan berkelompok dan perbicaraan sekelompok dengan mengetepikan hak membela diri adalah satu perbicaraan yang terang-terang mencabuli prinsip-prinsip hak asasi sejagat.

Di dalam al-Quran sendiri iaitu surah al-A'raf ayat 109 hingga 118 dan surah Taha ayat 57-72, Allah telah merakamkan satu tamadun silam yang mengamalkan konsep perbicaraan jenayah yang serius. Jika sekarang, ia seperti jenayah terhadap negara.

Apa yang menarik ialah perbicaraan ini dibuat secara terbuka yakni orang ramai dibenarkan hadir. Kedua, tertuduh dibenarkan membawa peguam bela dan ketiga, kedua-dua pihak dibenarkan membawa bukti atau hujah masing-masing. Malangnya, Firaun tidak boleh menerima kekalahan menentang Nabi Musa AS.

Kini, ketiga-tiga prinsip yang ditunjukkan Firaun itu dikenali sebagai Principles of Natural Justice dan semua negara yang bertamadun mengamalkan prinsip-prinsip ini.

Justeru, dalam hal ini berlaku ketidakadilan terhadap tertuduh kerana tidak mengikut prosedur mahkamah seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Jika keadilan tidak diberi, ia merupakan satu kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa di mana proses perbicaraan yang adil menuntut agar tertuduh diberi hak yang sewajarnya seperti mendapatkan peguam untuk membela.

No comments :

Post a Comment