keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

04 April 2014

buat kerja menyamun tak berbaloi akhirnya mati konyol



MAYAT salah seorang penyamun yang terbunuh selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan di Banting kelmarin.

SEPANG - Kegembiraan sekumpulan empat penyamun melarikan barang kemas bernilai RM300,000 dari sebuah rumah berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di persimpangan lampu isyarat di Banting dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku selepas empat suspek terbabit yang bersenjatakan dua bilah parang memecah masuk sebuah rumah teres di Kota Warisan di sini.

Jarak antara rumah mangsa dengan tempat kejadian adalah kira-kira lima kilometer.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sebaik masuk ke rumah mangsa, empat suspek yang dipercayai rakyat tempatan mengacukan parang terhadap empat penghuni kediaman itu dan mula menggeledah rumah terbabit.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal bersama barang kemas bernilai kira-kira RM300,000.

"Ketika hendak melarikan diri, jiran mangsa yang ternampak kejadian itu terus mengejar suspek dengan menaiki kereta.

"Sebaik tiba di simpang tiga menghala ke Banting, salah sebuah motosikal dinaiki suspek terbabas dan merempuh kenderaan 4WD menyebabkan penunggangnya mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya sempat melarikan diri bersama dua rakannya dengan menaiki motosikal yang sama.

"Polis menemui dua bilah parang bersama suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya itu," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata dan tiga suspek yang masih bebas sedang diburu.


No comments :

Post a Comment