keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 April 2014

ke arah negara kuku besi rejim najib as sisi ( ala rejim haram mesir )....majlis bekas wakil rakyat jadi barua rejim dengan minta kerajaan kaji semula undang-undang siber....!!!





barua najib as sisi

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kelmarin  meminta kerajaan mengkaji semula akta sedia ada berhubung kawalan terhadap laman sosial.

Merujuk kepada isu Red Bean Army (RBA) yang didakwa sebagai kumpulan tentera siber pro-pembangkang, Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman (gambar atas sekali ) berkata undang-undang siber yang baharu dan lebih ketat perlu diwujudkan sebagai langkah membanteras kegiatan yang menjurus kepada kenyataan berbaur hasutan.

"RBA ini perlu diawasi dengan perundangan baharu yang lebih ketat. Kalau boleh hukuman yang lebih berat seperti penjara terhadap sesiapa yang memainkan isu sensitiviti seperti agama, maruah negara dan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga Ketua Penerangan Mubarak.

Abdul Aziz berkata kebebasan tanpa sempadan boleh memudaratkan keamanan dan ketenteraman negara.

Dalam pada itu, beliau berkata Mubarak melahirkan rasa kesal dengan media siber yang sering melemparkan tohmahan melampau terhadap usaha kerajaan mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Abdul Aziz berkata media siber yang tidak bertanggungjawab itu dilihat sengaja memutarbelitkan cerita sebenar berhubung insiden kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas.

"Kami (Mubarak) sedih dengan tragedi ini dan usaha kerajaan dalam operasi mencari dan menyelamat diputar belitkan oleh media tempatan yang tidak bertanggungjawab terutama media siber," katanya.

Mereka ini sengaja memutar belit keadaan ini bagi mencari simpati orang ramai khususnya golongan muda dan memburukkan imej negara sekaligus dapat menggugat persahabatan dan hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia, katanya.

Katanya tindakan memutar belit berita, seolah-olah memperkecilkan usaha kerajaan yang telah diiktiraf dan dihargai oleh 26 negara yang terlibat sama dalam misi mencari dan menyelamat MH370.

"Negara China, Amerika dan Australia pun terlibat dalam misi mencari ini kenapa masih kata tidak menepati sebagai kerajaan bertanggungjawab? Tidak mungkin negara ini akan dapat bantuan daripada negara-negara besar ini sekiranya tidak bertanggungjawab?," soal Abdul Aziz.

Abdul Aziz menggesa masyarakat, khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan, sebaliknya perlu bijaksana menapis maklumat yang diterima bagi mengelak membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan

1 comment :

  1. Apa tuduhan melulu? rakyat terutama orang muda sedar taktik kotor BE END memperbodohkan rakyat. kerajaan penipu, putar belit, zalim dan perasuah besar. Cari pemimpin berwibawa, bukannya halang rakyat mengkritik kerajaan yang lemah. kamu sudah pilih jadi pemimpin. kalau tidak mahu dikritik, letak jawatan. senang...

    ReplyDelete