keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

02 April 2014

KPN selar spekulasi yang berterusan burukkan imej Kapten Zaharie....punca spekulasi siapa bro..?...tak kan nak tuduh media asing ajer....najib bagaimana...?



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) kecewa dengan pihak tertentu yang berterusan membuat spekulasi tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sehingga memalukan keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau berkata spekulasi berkenaan bukan sahaja boleh memalukan keluarga terbabit tetapi juga ia boleh menjejaskan segala siasatan berhubung kejadian itu.

"Terlalu banyak spekulasi jadi kita kena berhati-hati ketika membaca. Saya tengok anaknya pun sudah menafikan, jadi ada pihak wartawan media (asing) yang kurang beretika sengaja tulis perkara-perkara yang tidak elok.

"Kalau ada yang boleh saya umumkan, saya akan umumkan tetapi kita semua kena faham perkara dalam siasatan, kita takut ia akan menjejaskan penyiasatan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival kesihatan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Semalam, anak Kapten Zaharie, Aishah menyelar laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 12.41 tengah malam.



1 comment :

  1. jurucakap kerajaan yg banyak bercakap...atas arahan najib kan...tapi tiba tiba nak spin konon media asing terlibat...orang kamu yg bagi maklumat...

    baca ini...

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-ap-sahkan-pesawat-mh370-dirampas

    ReplyDelete