keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 April 2014

pengerusi ISMA cari publisiti murahan...tak salah pun ucapkan RIP sebagai penghormatan kepada bukan islam yang meninggal dunia...bukan ada maksud apa apa pun....!!!

RIP, Al-Fatihah, Syurga Bukan Untuk Karpal Singh





Oleh: Prof Madya Dr Aznan Hassan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Kesan daripada kenyataan facebook saya semalam yang memberi komentar kepada status facebook salah seorang sahabat saya di Security Council, saya mendapat banyak private message di facebook yang bertanya (lebih kurang bunyinya): “Untuk pencerahan, menurut pandangan Dr, apakah yang boleh dan yang tidak boleh kita lakukan bila berhadapan dengan beliau (atau bukan Islam yang lain)?”

Jawapan saya kepada yang bertanya: “Berkenaan dengan isu kematian Karpal Singh, saya tidak pernah menyuruh sesiapa untuk bergembira. Kerana itulah, saya menyatakan secara jelas di dalam komentar tersebut: “Saya tidak meminta saudara untuk bergembira dan meraikan kematian beliau….”. Beliau hanya seorang individu yang telah meninggal dunia.

Pada saya, kematian beliau tidak bermakna kerja dakwah akan lebih mudah, atau memberi apa-apa kesan kepada perjuangan Islam di Malaysia. Kematian beliau tidak akan merubah apa-apa pun rangka kerja yang dirancangkan oleh gerakan Islam. Umat tetap menghadapi permasalahan yang sama. Musuh Islam tetap berusaha untuk menjatuhkan Islam dan berusaha menggagalkan sebarang usaha untuk perlaksanaan syariat Islam di Malaysia, Umat Islam terus berselisih dan bertelingkah. Kerja dakwah akan terus berjalan seperti biasa.

Namun apa yang hendak ditekankan di dalam posting tersebut ialah batas-batas syarak yang sepatutnya kita jaga apabila berhadapan dengan perkara ini. Ada yang mengucapkan rest in peace (RIP). Bahkan ada dikalangan umat Islam yang mengucapkan al-fatihah kepad beliaua. Bahkan ada yang menyatakan bahawa syurga bukan utk org Islam sahaja, dan Tuhanku tidak zalim.

Faktanya,secara zahirnya, beliau meninggal sebagai seorang kafir. Hukum fekahnya ialah hukum meninggalnya seorang kafir dan hukum-hakam tersebut mestilah berpandukan kepada syarak. Mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan melakukan istirja’(inna lillah wa inna ilayhi raji’un) adalah dibenarkan. Tetapi mengucapkan RIP, apatah lagi membaca fatihah kepada beliau adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Terlalu byk nas-nas dan istidlal syarak dalam hal ini.

Qias kepada kisah bangunnya Nabi terhadap jenazah Yahudi (jika betul tafsiran bahawa bangunnya Nabi SAW tersebut sebagai penghormatan kepada jenazah tersebut) tidak sekali-kali menunjukkan bahwa Nabi SAW “yatarahhamu lahu (meminta rahmat atau kesejahteraan)” kepada Yahudi tersebut.Jangan menggunakan dilalah hadith lebih daripada apa yang dimaksudkan. Ini bertentangan dengan kaedah usul fiqh yang sebenar. Itupun jika kita merasakan bahawa itulah tafsiran yang sebenarnya.Tetapi, jika kita merujuk kepada syarah-syarah ulama berkenaan dengan hadis tersebut akan mendapati bahawa tafsiran itu bukanlah satu-satunya tafsiran (untuk hadis tersebut), bahkan bukan juga merupakan tafsiran yang terkuat. Janganlah membuat tafsiran atau berhukum megikut apa yang kita rasa. Syarak ada batasannya. Ada halal haramnya.

Soal bagaimana Allah akan menerima beliau, itu bukan urusan kita. Itu urusan Allah SWT. Kita diwajibkan oleh Allah untuk berhukum berdasarkan perkara yang zahir. Soal bagaimana Allah SWT akan menghukum beliau, itu urusan Allah SWT. Miliknya segala yang dilangit dan dibumi, tetapi kita di dunia diwajibkan oleh Allah utk berhukum secara zahir mengikut hukum-hakam syarak yang sebenar. Adalah amat penting utk kita menyedari batas-batas iman dan kufur, dan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Saya merasakan kematian Karpal Singh adalah suatu kematian yang akan dilalui oleh sesiapa sahaja. Beliau telah pergi berjumpa dengan Penciptanya dan beliau sudah tentu telah mengetahui pengakhiran beliau. Semuanya berada di dalam ilmu Allah. Tidak ada sebab mengapa seorang Muslim perlu terlalu menyibukkan diri dengan kematian tersebut. Berhujah dengan pelbagai hujah dan mengucapkan ucapan yang tidak betul mengikut syarak, dan meleburkan batas-batas iman dan kufur.

Kita mahu menjaga hubungan sesama manusia, Ya, itu benar. Tetapi hubungan dgn Allah dan batas-batas iman dan kufur perlu jelas. Ucapkan takziah dan istirja’ dan teruskan kehidupan anda dalam memperjuangkan Islam seperti biasa. Ini adalah kenyataan terakhir saya dalam hal ini.

Semoga mendapat manfaat.

1 comment :

  1. jahil sangat ke sampai sedekah al fatihah kepada bukan islam yang meninggal dunia...ini bermakna individu berkenaan nampak sangat cetek pengetahuan agamanya....sekadar R.I.P apa salahnya jika niat untuk sekadar beri penghormatan terakhir pengkebumian beliau..so tak de isu yang perlu di perbesar akan isu R.I,P ini...

    ReplyDelete