keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

18 April 2014

UMNO taja empat parti komponen BN bantah rancangan hudud




Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan PAS melaksanakan hukum hudud.

Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di Kuala Lumpur, semalam, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong PAS menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara.

"Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan PAS Kelantan akan membawa usul di Parlimen, seawal-awalnya Jun ini, bagi memohon kebenaran melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Walaupun hanya mempunyai sembilan wakil di Parlimen (MCA tujuh dan masing-masing seorang daripada Gerakan dan SUPP), pemimpin keempat-empat parti itu berkata mereka akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang perkara berkenaan.

Liow berkata, DAP yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan pembangkang sepatutnya memainkan peranan menghentikan PAS daripada meneruskan rancangannya.

"Jika mereka tidak boleh berbuat demikian, saya fikir mereka wajar meninggalkan pakatan pembangkang," katanya


Bernama

1 comment :

  1. bukan islam tak perlu risau serta campur urusan berkaitan kewajipan hukum dalam islam. Urusan agama lain dimalaysia umat islam tak pernah ambil tahu.

    hak penganut Agama Islam juga dilindungi oleh perlembagaan, kita tak halang penganut agama lain untuk terus berzina, berliwat, minum arak, berjudi. Kenapa hendak sibuk hal tidak.berkaitan agama anda

    jaga2 anda dgn kata2 anda...anda mempermainkan isu perkauman n agama...hak org islam utk terima hukum hudud...hukuman hudud adalah ajaran dalam islam...

    Kita tgk umno ke perkasa ke pekida ke berani nk balun mereka...wa pasti ini sandiwara umno...sebenar umno lah taja anjing anjing ini hina islam....so umno adalah bapak anjing penghina islam

    ReplyDelete