keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

21 April 2014

utusan tutup aib pemimpin UMNO tapi demi politik busuk UMNO tergamak membuka aib pembangkang walaupun tak pasti lagi kesahihannya...!!!



dengan dakwaan  palsu  dan video fitnah  , utusan tergamak mengaibkankan pemimpin pembangkang

SESIAPA yang membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu tentunya tertanya-tanya dengan maklumat yang dipaparkan akhbar tersebut.

"Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan.

Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu.

Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pads pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu.

Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama.

Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada 14 Mei.

Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional.



Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis.

Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star.


Komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?"

Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu.

Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan.


1 comment :

  1. menempah tiket ke NERAKA kepada sesiapa yg terlibat dgn Akhbar Sampah ini seperti

    Membantu,Membeli,Mengedar,Membaca,Menyokong,Menyimpan,membuat,Membawa,Memberi,Mencetak,Melabur,Menggunakannya untuk pelbagai maksud dan amat tepat jika dibuang serta dibakar jika berjumpa Akhbar Makhluk Perosak ini di mana mana.

    Orang itu adalah umno jika ada dgnnya Akhbar Haram Jadah ini.

    ReplyDelete