keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

04 April 2014

2 beranak tinggal dalam kanvas usang.....mana JAKIM dan JKM ?....tido ke...?...



KANVAS menjadi tempat tinggal dua beranak selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kejadian puting beliung di Kampung Pinang, Pedu dekat Kuala Nerang, Kedah pada Sabtu lalu.

KUALA NERANG - Dua beranak terpaksa menggunakan kanvas usang sebagai tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu dekat sini roboh ditimpa sebatang pokok dalam kejadian puting beliung, Sabtu lalu.

Muhammad Subhi Bakar, 40, berkata, dia dan ibunya, Mek Cik Ahmad, 73, terpaksa tinggal di khemah itu yang terletak berdekatan rumahnya buat sementara waktu.

Dia yang masih bujang menceritakan, sebelum ini, khemah tersebut dipasang untuk dijadikan tempat rehat dan meletak barangan tetapi kini ia ibarat seperti rumah tumpangan.

"Rumah pusaka arwah bapa berusia lebih 50 tahun telah musnah dalam sekelip mata dan sekarang, kami terpaksa berteduh di khemah ini daripada hujan dan panas sehingga rumah baharu dibina," katanya

No comments :

Post a Comment