keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 April 2014

pencapaian DEB hingga 2012 antara terbaik di dunia kata menteri kangkung terencat akal.....ha ha ha....!!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyifatkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga 2012, satu keputusan memberangsangkan dan terbaik berbanding pembangunan ekonomi negara lain.

Beliau memberikan contoh kadar pembasmian kemiskinan sejak 1990 berbanding 2012 yang menyaksikan penurunan ketara.

“Kalau kita lihat dari segi pembasmian kemiskinan, daripada 49.3% pada 1970 kepada 1.7% pada 2012. Ini merupakan satu pencapaian amat tinggi dan antara yang terbaik di dunia.

“Dari segi lain-lain penglibatan Bumiputera dalam ekonomi juga meningkat. Kalau dulu hanya 2.4% dan kini meningkat kepada 23.5% serta banyak lagi peningkatan yang dicatatkan,” katanya dalam satu majlis pelantikannya sebagai mentor iM4u baru di Subang, hari ini.

DEB merupakan program 20 tahun sosio-ekonomi yang dilancarkan pada 1971 oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan seterusnya untuk menghapuskan pengenalan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum.

DEB menetapkan sasaran pegangan kaum Bumiputera menjelang 1990 perlu mencapai 30% namun hanya 20.4% daripada keseluruhan jumlah ekuiti korporat yang berjaya dicapai dalam tempoh itu.

Abdul Wahid turut membuat perbandingan pendapatan isi rumah pada sebelum tahun pelancaran DEB berbanding 2012 yang menyaksikan perbezaan ketara.

“Dari segi pendapatan isi rumah juga meningkat daripada RM264 sebulan kepada RM5,000 sebulan. Jadi kita nampak peningkatan,” katanya.

Meskipun beliau menyifatkan DEB sebagai satu dasar yang berjaya dicapai kerajaan, namun usaha membangunkan ekonomi rakyat tidak terhenti di situ.

Katanya, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012 akan mendekatkan lagi jurang ekonomi penduduk Malaysia yang dilihat semakin ketara.

“Walaupun kita dah berjaya, ini perlu diteruskan untuk memperbaiki kedudukan. Sebab itu dalam MEB yang diumumkan perdana menteri, kita perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai matlamat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan.

“Inklusif penting bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam kemajuan negara tidak kira gender, umur, geografi dan kaum,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pengarah Khidmat Korporat iM4U, Azlan Rudy Malik.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika ditemui pemberita pada Khamis menyifatkan kegagalan pelaksanaan DEB sebagai punca berlakunya sistem “makan atas angin” dan kronisme berleluasa hingga ke hari ini.

Bekas menteri kewangan itu berkata, DEB yang dilaksanakan pada 1971 berniat baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu, tetapi pelaksanaan dasar itu yang menjadikan ia kacau-bilau.

Katanya, DEB gagal mencapai matlamat, malah Bumiputera masih ketinggalan dan sasaran 40% ekuiti belum tercapai.

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li tidak menafikan DEB mempunyai matlamat yang adil dan jujur dalam membantu khususnya Bumiputera.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata dasar tersebut mengakibatkan lebih banyak jurang di kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan budaya permusuhan antara etnik di Malaysia

1 comment :

  1. Dari mana dia kutip segala angka kemiskinan dan pendapatan isi rumah sampai berani mengaku terbaik didunia. Kalau dah pendapatan RM 5000 serumah tentu tak ramai yang menjerit hendakkan gaji minima. Berapa ramai pula majikan yang menentang skim gaji minima sehingga kini. Berapa pula pengangguran dikalangan sasaran DEB. Seeloknya tak payahlah memberi statistik yang berlawanan dengan keadaan umum. Law of averages is not always accurate.

    Daripada angka penerima BR1M 2.0........hahahahahahahaha. BR1M telah berjaya mengeluar rakyat Malaysia dari lubuk kemiskinan........hahahahahahahahaha. JOM GELAK

    ReplyDelete