keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
05 April 2014
pencabulan keselamatan....tawaran rm 500 dan ke atas di buka kepada penaja dan penampar sehingga muka zahid komedi di tampar ...!!!
Tawaran RM500 kepada sesiapa yang dapat menaja dan menampar Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi semasa dia datang melawat Sabah sekali lagi adalah wajar kerana telah secara serius (kementeriannya) gagal menjaga keselamatan pantai timur Sabah.
Sebelum ini tawaran RM500 di buka kepada sesiapa sahaja yang menaja dan menampar Zahid kerana Zahid mendakwa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang dalam serangan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu. Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan telah membuat tuduhan-tuduhan ini pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka. Beliau berkata beliau akan mendedahkan nama-nama tersebut selepas pilihan raya umum tetapi Zahid lansung tidak berbuat demikian.
Sambil menyifatkan politik Zahid sebagai sakit, kita berharap ada yang sudi menaja dan menampar Menteri Dalam Negeri itu kali ini kerana pencabulan terhadap keselamatan (semalam ) adalah semakin amat serius
Kita berasa sangat keciwa terhadap penculikan terkini seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja Filipina oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata.
Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam pada malam Rabu. Wanita itu sedang bercakap di telefon bimbitnya di serambi Singahmata Reef Resort di Semporna tidak jauh dari pulau Bum-Bum yang dihuni kebanyakaannya oleh kaum Bajau dan Sulus.
Isu keselamatan merupakan satu janji yang dibuat kepada Sabah untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. Kita juga meramalkan bahawa beberapa pegawai persekutuan akan sekali lagi memberi alasan pantai yang panjang, kekurangan sumber dan kekurangan kerjasama daripada rakyat.
Satu-satunya kekurangan adalah tiadanya pegawai tertinggi yang dipertanggungjawabkan apabila berlaku satu-satu kesalahan. Perkara yang paling baik untuk dilakukan sekarang terhadap pegawai tertinggi Polis dan Tentera di Sabah, termasuk pengarah Esscom, adalah meminta (mereka) dipindahkan keluar dari Sabah.
Selepas pencabulan keselamatan terakhir di Pom Pom November lalu, polis telah mengumumkan bahawa dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan-penculikan ditangkap.
Tetapi selepas itu lansung tiada apa lagi yang didengari mengenai kedua-dua lelaki sejak itu. Pencabulan peraturan keselamatan mendatang kerugian yang sukar diperbaiki terhadap ekonomi Sabah disamping merosakkan imej Sabah yang akan mengambil masa lama untuk pulih semula.
Labels:
pencabulan keselamatan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
dah cukup bagus..
ReplyDeletebiar samseng ajar si samseng...
seorg = rm500
10 org bg penampar = rm5,000
beterabur gigi org tua bagan datok ni..