keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 April 2014

pencabulan keselamatan....tawaran rm 500 dan ke atas di buka kepada penaja dan penampar sehingga muka zahid komedi di tampar ...!!!



Tawaran  RM500 kepada sesiapa yang dapat  menaja  dan menampar Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi semasa dia datang melawat Sabah sekali lagi  adalah wajar kerana telah secara serius (kementeriannya) gagal menjaga keselamatan pantai timur Sabah.

Sebelum ini  tawaran  RM500  di buka  kepada sesiapa sahaja yang  menaja dan menampar Zahid kerana Zahid mendakwa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang dalam serangan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu. Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan telah membuat tuduhan-tuduhan ini pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka. Beliau berkata beliau akan mendedahkan nama-nama tersebut selepas pilihan raya umum tetapi Zahid lansung tidak berbuat demikian.

Sambil menyifatkan politik Zahid sebagai sakit, kita  berharap ada yang sudi  menaja dan   menampar   Menteri Dalam Negeri itu  kali ini kerana pencabulan terhadap keselamatan (semalam ) adalah semakin amat serius

Kita berasa sangat  keciwa terhadap penculikan terkini seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja Filipina oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam pada malam Rabu. Wanita itu sedang bercakap di telefon bimbitnya di serambi Singahmata Reef Resort di Semporna tidak jauh dari pulau Bum-Bum yang dihuni kebanyakaannya oleh kaum Bajau dan Sulus.

Isu keselamatan merupakan satu janji yang dibuat kepada Sabah untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. Kita  juga meramalkan bahawa beberapa pegawai persekutuan akan sekali lagi memberi alasan pantai yang panjang, kekurangan sumber dan kekurangan kerjasama daripada rakyat.

Satu-satunya kekurangan adalah tiadanya pegawai tertinggi yang dipertanggungjawabkan apabila berlaku satu-satu kesalahan. Perkara yang paling baik untuk dilakukan sekarang terhadap pegawai tertinggi Polis dan Tentera di Sabah, termasuk pengarah Esscom, adalah meminta (mereka) dipindahkan keluar dari Sabah.

Selepas pencabulan keselamatan terakhir di Pom Pom November lalu, polis telah mengumumkan bahawa dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan-penculikan ditangkap.

Tetapi selepas itu lansung tiada apa lagi yang didengari mengenai kedua-dua lelaki sejak itu. Pencabulan peraturan keselamatan mendatang kerugian yang sukar diperbaiki terhadap ekonomi Sabah disamping merosakkan imej Sabah yang akan mengambil masa lama untuk pulih semula.

1 comment :

  1. dah cukup bagus..
    biar samseng ajar si samseng...

    seorg = rm500
    10 org bg penampar = rm5,000
    beterabur gigi org tua bagan datok ni..

    ReplyDelete