keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 June 2014

ternak udang kaki putih punca pencemaran



Ho Chi Minh: Jabatan Perikanan dan kerajaan tempatan menggesa penternak udang di Delta Mekong berhenti menternak udang kaki putih di kawasan air tawar bagi mengelak pencemaran berterusan.

Jurucakap jabatan itu berkata, habitat asal udang kaki putih ialah di pesisir pantai.

“Untuk membolehkan udang jenis itu membiak di kolam air tawar, penternak perlu menggunakan air perigi yang dicampur garam.


“Kebanyakan penternak kemudian melepaskan air yang sudah digunakan itu terus ke sungai atau terusan, menyebabkan berlaku pencemaran teruk,” katanya.

Lebih membimbangkan, kata jurucakap itu, pencemaran berkenaan turut menjejaskan produktiviti padi.

Namun di sebalik amaran berkenaan, tahun lalu semakin ramai petani menternak udang kaki putih kerana permintaan tinggi dan harganya yang mahal.

No comments :

Post a Comment