keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 June 2014

elak bayar mutaah..anak taib kepala penyamun sarawak tuduh bekas bini dia tiada dara...dah beranak besar panjang bagi alasan tak masuk akal...!!!!



anak bapak sama lahabau...padan muka kena tuntutan  mutaah  rm 100 juta


Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur isterinya Shahnaz Majid tidak lagi dara semasa dinikahinya pada 1992.

Pendedahan itu dibuat selepas anak kepada Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud itu diajukan soalan oleh peguambelanya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap kewajaran mutaah bernilai RM100 juta.

"Selepas beberapa hari perkahwinan kami pada 9 Januari 1992, semasa di dalam bilik tidur, saya dapati plaintif bukan anak dara lagi.

"Dia bukan anak dara masa kami bernikah," kata Abu Bekir kepada mahkamah hari ini.
Shahnaz, kakak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid, dan Abu Bekir berkahwin pada Januari 1992 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 20 tahun, Raden Murya.

Abu Bekir memfailkan perceraian mereka pada Mei 2011.

Dalam menolak dakwaan itu, peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata kenyataan Abu Bekir tidak disertakan laporan perubatan dan soalan berkenaan tidak adil kepada plaintif, remeh, mengaibkan dan sengaja diada-adakan.

Akberdin Abdul Kader yang juga peguam kepada plaintif berkata, Shahnaz perlu diberi peluang membela diri daripada dakwaan itu dan bertentangan dengan Seksyen 105 Akta Keterangan.

“Apabila defendan beri keterangan terhadap plaintif maka plaintif perlu diberi peluang memberikan penjelasan.

“Mana peluang plaintif untuk menjawab? Ini soal remeh dan cuba aibkan plaintif di peringkat ini. Adakah ini adil? Mahkamah hendaklah melarang kenyataan bertujuan menghina dan menyinggung yang tidak wajar,” katanya.

Bagaimanapun, Zainul Rijal berkata status plaintif penting mengikut syarak apatah lagi tuntutannya membabitkan RM100 juta.

Katanya, bagi menolak dakwaan itu, defendan boleh mengangkat sumpah bagi menafikan dakwaan itu dan tuduhan berkenaan boleh digugurkan.

“Defendan beri keterangan bertujuan untuk membantu mahkamah membuat keputusan. Bukan tujuan mengaibkan tetapi sekadar fakta yang diketahui defendan. Plaintif sendiri memaklumkannya.

“Tidak timbul aib atau tohmahan kerana mahkamah akan tentukan. Saya mohon diteruskan,” katanya.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab berpendapat kenyataan yang dikeluarkan perlu menutup keaiban dan bantahan berkenaan diterima kerana sudah dikemukakan.

Katanya, soalan yang dikemukakan oleh pihak defendan perlu diubah supaya tidak menggambarkan keaiban.

“Tak semestinya diaibkan. Mahkamah bukan tempat buka keaiban. Bantahan diterima,” katanya yang turut memberi kebenaran kepada media untuk melaporkan sidang hari ini namun perlu lebih berhati-hati.

“Sampaikan dalam suasana sopan dan beradab,” katanya.

Abu Bekir hari ini menarik perhatian mahkamah tuntutan mutaah RM100 juta yang dikemukakan Shahnaz tidak munasabah.

Katanya, selepas meninggalkan Shahnaz pada 1999, nafkah seperti wang bulanan, rumah dan kenderaan diberikan sepanjang tujuh tahun tidak tinggal bersama isterinya.

Zainul Rijal: Apa alasan tak setuju tuntutan plaintif?

Abu Bekir: Saya berikan nafkah RM10,000 sebulan dan kadang-kadang lebih. Dia tinggal di sebuah banglo di Damansara bernilai RM2 juta.

Abu Bekir turut memaklumkan kepada mahkamah beliau memberikan tiga kenderaan kepada isterinya iaitu Jeep Cherokee (RM600,000), Mercedes S Class (RM800,000) dan BMW X5 (RM700,000).

Katanya, tiga kereta tersebut adalah milik Sarawak Capital Sdn Bhd di mana Shahnaz adalah pengarah dan pemegang saham syarikat itu.

Ketika ditanya, mengapa selepas 12 tahun meninggalkan Shahnaz, Abu Bekir mengambil keputusan memfailkan penceraian, beliau berkata tidak mahu Shahnaz hidup terkapai-kapai.

“Dia tak punya suami dan saya tak pulang. Saya cuba pujuk untuk bercerai cara baik, dia tak layan,” katanya ketika menjawab soalan Zainul Rijal.

Hakim menetapkan perbicaraan disambung semula pada 2 September ini.


1 comment :

  1. maknanya al-bakir pun bukan teruna lagi, sebab dia pun tahu dan merasa yg mana ori dan yg mana bundle 2x5=10.he he he....

    Al Bakir tidak mempunyai peribadi yang luhur....sudah 22 tahun bersama...mengapa sekarang ditimbulkan....ini yg tidak adil bergelar manusia...

    Ada lagi manusia tak pakai otak. Berstatus pulak tu. Dia telah kenjadi siteri, mengandung dan melahirkan anak hasil perkahwinan, menjaga dan mendidik anak dan kenjadi ibu disamping menjalankan tugas2 lain. Takkan baru nak claim kisah awal perkahwinan...

    ReplyDelete