keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

sibuk siang dan malam kerja menfitnah.. kerja nelayan sebagai alasan kartun papagomol untuk tangguh bayar gantirugi kepada datuk anwar ibrahim....!!!



"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
 
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
 
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
 
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
 
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
 
Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
 
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
 
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
 
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac

1 comment :

  1. Baru ada akal.....dulu pandai2 dok fitnah dan bila kena bayar ganti-rugi mengaku pulak x de duit dan kerja nelayan lah.....pi lah minta tolong kat beruang panda kar seri perdana tu......aku tgk perut dia nie pun dah mcm panda

    Jangan risau, UMNOgook akan datang menyelamatkan anda. Cerita2 nelayan ni cuma sandiwara aje. Siapa tak kenal dengan CELAKA UMNO.

    duduklah depan parliment mintak derma bersama mu TV GIler

    ReplyDelete