keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

takut terkena batang hidung sendiri...pertubuhan pribumi pondan perkasa malaysia (Perkasa) memutuskan untuk tidak menyaman portal berita Malaysiakini...!!!





Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin  memutuskan untuk tidak menyaman portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen pembaca tetapi mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, apa yang dilakukan Malaysiakini dengan menyiarkan komen pembaca kerana tiada lagi penguatkuasaan undang-undang seperti ISA menyebabkan ramai yang berani melakukan perkara melampaui batas.

"Kita tidak boleh hendak tutup komen pembaca kerana inilah rentetan apabila ISA dimansuhkan. Orang sudah berani pertikai Perkasa, agama, raja dan sebagainya.

 "Kami akan pastikan perkara ini tidak berlaku. Kami akan berusaha mengembalikan ISA," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Kelmarin, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata,  pertubuhan tersebut disiasat polis London berikutan komen pembaca sebuah portal yang mendakwa mereka ke luar negara menggunakan dana awam.

Katanya, polis London mengambil keterangan ketua wiranita Perkasa dan jawatankuasa penganjur sehari sebelum Perkasa London dirasmikan.

Artikel yang bertajuk “Adakah duit pembayar cukai digunakan untuk ke Eropah?” mencetuskan kemarahan Ibrahim yang mengirimkan SMS berkenaan dari London.


1 comment :

  1. PERKOSA macam lain lain NGO yang pro UMNO-BN yang di biayai oleh kerajaan,...so kenapa nak marah pulak kalau kos operasinya tak kiralah ke luar negara ke atau sebaliknya guna duit pembayar cukai...jangan hipokrit la...


    Bila ISA dimansuhkan, rakyat makin cerdik lebih daripada pemimpin. inilah yang kita mahukan supaya generasi akan datang dapat melahirkan pemimpin yang baik dan bertanggungjawab kepada negara. Kita pertahankan malaysia bukan pertahankan sebuah kerajaan yang berfikiran lapuk, karut dan menindas rakyat. Jika ISA dikembalikan, rakyat malaysia tetap bersatu menggulingkan kerajaan umno & BN....
    Sekiranya semua pemimpin di Malaysia takut kepada fitnah dan kononnya menjejaskan reputasinya...jangan jadi pemimpin. Sedia maklum, pemimpin ibarat seperti lilin yang sentiasa terbakar utk menerangi orang lain.....rumusannya pemimpin begini perlu mengundurkan diri..

    PERKASA@perkosa hukum hakam demokrasi semua dia boleh buat dan boleh cadangkan itu ini dan diperalatkan oleh pemimpin Umno dan diberi perlindungan, sebab itu pemimpinnya kebal untuk membuat fitnah dan provokasi. Setakat ini tiada pemimpin celaka dalam NGO Perkasa@Perkosa yg bermulut celupar ditahan dan didakwa.

    ReplyDelete