keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

12 June 2014

tindakan melampau...tergamak jadi gelandangan dan qiamulail di kedai gara gara gilakan fesyen tudung yang ntah apa apa...!!!




Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.

Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.

Kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.

Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, kita melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah.

Ianya  mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.

Tinjauan di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.

Masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.

Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.

Apa yang kita boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini.

Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.

1 comment :

  1. bila kaum lain mengatakan org melayu bodoh...marah.tapi ni la dia melayu skrg.snggup kiamulail kt kdai kain berbanding qiammulail di mesjid..lebih kn fesyen dr menuntut ilmu allah...kesian suami2 mereka..

    Inilah yg dikatakan MELAYU MUDAH LAYU...KANGKUNG

    glamour sgt ke cap faridah ni?nAk pakai tudung tutup rambut (bukan tutup aurat pun sebab tudung farida kebykan singkat).....betulkan niat wahai kamu semua...hati kamu dah berkeladak dah...

    Kalau sekadar bertudung sahaja, lu masih dianggap telanjag beb dimata Allah S.W.T. Ingat aurat bukan di kepala sahaja tetapi seluruh badan dan buang duit lu sahaja beli tudung brand bodoh kalau hanya untuk tutup kepala sahaja tetapi anggota lain masih terdedah di sana sini.

    Ada baik lu beli tudung tiada brand tetapi menutupi seluruh anggota badan baru dikira berpakaian di mata Allah S.W.T. melainkan lu adalah umat melayu mr. Bean, then i tak boleh cakap apa dah.

    ReplyDelete