keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

27 May 2014

menteri agama letak jawatan ekoran skandal haji...err menteri indonesia yer...menteri agama malaysia macam SIAL...UMNO bela dia makin bermaharajalela....!!!


menteri agama indonesia  letak jawatan ekoran skandal haji




menteri agama indonesia ada maruah



jamil khir dan kuncui penyamun duit zakat lansung tak ada maruah...



banglow jamil khir di bina hasil dari duit zakat...tapi menteri setan nie cool....selagi UMNO tak mampos...!!!


JAKARTA - Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali (gambar) meletak jawatan semalam selepas beliau dituduh menyalahgunakan dana bagi membantu penduduk Indonesia menunaikan ibadat haji.

Agensi antirasuah Indonesia pada minggu lalu menamakan Suryadharma suspek dalam siasatan rasuah melibatkan pengurusan jemaah haji antara tahun 2012 hingga 2013.

Menurut agensi itu, pihaknya telah mengesan transaksi mencurigakan berjumlah AS$20 juta (RM64.2 juta) melibatkan wang dana tersebut.

Dana haji Indonesia turut mendapat sumbangan pemerintah selain wang simpanan penduduk yang merancang untuk mengerjakan ibadat tersebut di kota suci Mekah.

Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan rasuah terhadap Suryadharma mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam.

Rakyat negara itu membayar jutaan dolar dan perlu menunggu giliran bertahun-tahun untuk menunaikan haji berikutan kuota tahunan yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Pada hujung minggu lalu, Suryadharma menegaskan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan berhubung skandal rasuah tersebut tetapi menukar fikiran selepas menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam.

"Suryadharma telah mengembalikan jawatan Menteri Hal Ehwal Agama kepada Susilo (meletak jawatan)," kata Setiausaha Negara, Sudi Silalahi semasa mengesahkan perkembangan tersebut pada satu sidang media di sini.

Menurut media Indonesia, antara tuduhan terhadap Suryadharma ialah beliau membantu lebih 100 orang termasuk saudara-maranya dan beberapa wakil rakyat untuk mengerjakan haji lebih awal tanpa perlu menunggu giliran.


baca....DUIT ZAKAT PUN GEROMBOLAN REMBAT...tapi COOL ajer...memang CELAKA UMNO NIE...!!!

No comments :

Post a Comment