keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

28 May 2014

utusan memang celaka bila kata hina Umno sama dengan hina melayu-islam



gerombolan pemuda celaka yang menceroboh masuk DUN pulau pinang dengan restu menteri samseng dan PDRM...!!!


Penghinaan terhadap Umno dengan mengatakan parti itu sebagai 'celaka' boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat kelmarin.

Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat" beliau berkata, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan "Umno celaka" keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak.

"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia kelmarin.

Awang Selamat berkata, DAP sekali lagi menobatkan diri mereka sebagai parti paling rasis kerana setiap kali ada sahaja pemimpinnya yang menghasut, menghina agama dan kaum lain serta memaki hamun.

Menurut Awang Selamat, tindakan Rayer yang enggan memohon maaf bagi pihak parti boleh diandaikan mendapat restu DAP apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga enggan berbuat demikian.

Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa standard mangkuk tandas ke dalam Dewan.

Akhbar milik Umno itu turut menyeru rakyat Malaysia menasihati Rayer supaya menjalani rawatan kaunseling supaya dapat menjaga tutur kata dan akhlak, sebelum ditempah kecelakaan diri angkara penyakitnya sendiri.

"Awang tertanya-tanya apakah beliau kurang kasih sayang, membesar dengan mencarut, celaru mindanya atau sentiasa mimpi dirasuk syaitan celupar, yang diharap jawapannya - tidak.

"Nasihat Awang, beliau perlu menjalani segera rawatan kaunseling. Malu DAP, ada pemimpin seperti itu yang tidak tahu membezakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tandas awam yang seminggu tidak bercuci," katanya.

Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.

Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 Pemuda Umno mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.

Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming.

Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong tindakan ganas dan mengugut itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno.

Katanya, Umno berhak menegur DAP tetapi tidak menyokong tindakan biadap Pemuda Umno menyerang sidang DUN seperti samseng.

Mengulas mengenai tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong tindakan Pemuda, Anwar berkata pihak berkuasa perlu bersikap adil dan tidak terus membiarkan Umno bersikap kebal daripada undang-undang.‎

Katanya, insiden itu tidak wajar disamakan dengan pergaduhan sesama ahli Parlimen di Taiwan kerana sidang Dewan Pulau Pinang diserang oleh pihak luar.

"Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil terhadap samseng Umno.

"Kita dibaling batu tetapi tiada tindakan. Apa ingat Pakatan tiada harga? Kami yang kuli ini, semua ini, tiada harga?

"Pemimpin bangsawan kamu pelihara cium tangan dia walaupun dia penjenayah," katanya.

Akhbar Mingguan Utusan dalam kolum “Awang Selamat” menyifatkan tindakan menghina Umno  boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam.‎

"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," katanya yang menganggap DAP parti paling rasis.

Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa “standard mangkuk tandas” ke dalam Dewan.

Adun Seri Delima RSN Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.

Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 orang lelaki mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.

Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.

Zahid turut menyokong tindakan ganas itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno

1 comment :

  1. awang celaka dan pemuda celaka UMNO maki orang tak pe...maki PAS ,maki PKR dan maki DAP boleh pulak...bila UMNO kena maki tak boleh pulak..sedarlah sikit puak puak dah semakin di tolak rakyat...jangan asik nak tunjuk perangai samseng ...tak kemana pun...rakyat semakin meluat kecuali mereka yang sanggup di perbodohkan..

    hina melayu amendenya kalau hina UMNO...UMNO sendiri penuh dengan pelbagai spesis binatang yang di import...ada geng mamak ,ada geng sulu ,ada geng indon dan ada geng portugis...yang ada banyak melayu cuma jadi lembu oleh geng geng paria yang ada dalam UMNO...pon x sedar sedar diri lagi...

    Kepala otak mu Awang... Rayer tidak pernah hina islam, tidak pernah hina melayu.. hanya berkata celaka umno.. sebab UMNO memang celaka..celaka..celaka.. apasal bebal sangat tak tahu beza antara UMNO dan Melyu-Islam. Majority orang melayu sekarang tidak bersama UMNO. AKu Melayu tapi sikit pun aku tak terasa apa yg rayer cakap. sikap dan sahsiah orag islam tak macam perangai UMNO celaka...merusuh, menceroboh.. memaki hamun tak tentu pasal..sikap puak2 UMNO langsung tdk mencerminkan sikap seorang islam, Sikap org Melayu juga sepatutnya lemah lembut, bukan ganas ala samseng.


    Kalau dilihat sepanjang dekad yg baru berlalu,perangai orang orang umno dan pemimpin umnolah yg memalukan dan menjatuhkan maruah serta ahklak orang melayu,hasil didikan dan tajaan pemimpin umno sendiri,bila ternampak aje lambang umno kecelakaanlah,melayu sebenarnya dah banyak yg benci umno dan pemimpin2nya,cuma pemimpin umno yg tak sedar diri.

    Awang Selamat ni tak habis2 kebodohannya. Bila Mahathir hina hudud dan AlQuran tak pulak salah. Org UMNO ramai rasuah. Orang UMNO kuat ronggeng. Orang UMNO kaki maksiat... So please jgn kaitkn UMNO dengan ISLAM kerana ia akan menjadikan ISLAM jadi busuk. Awang Selamat telah menghina ISLAM dan Melayu dengan mengaitkan parti yg rosak, rasuah dan maksiat dgn Islam dan Melayu. Cela

    UMNO bukan mewakili Melayu & Islam... UMNO mewakili sekumpulan penyangak yang korup & menyeleweng harta negara, yang sebahagian besarnya juga dipunyai orang Melayu... Jangan UMNO cuba cemari nama Islam & Melayu.

    UMNO sebenarnya cuma mempergunakan nama Melayu & Islam untuk terus berkuasa merakus kekayaan negara. Berbillion diseleweng UMNO sambil menabur beberapa "kacang putih" kononnya sebagai bantuan rakyat. Jangan cuba kaburi mata rakyat. Rakyat bukan bodoh.

    ReplyDelete