keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

31 May 2014

skuter beg pakaian




Seorang pencipta amatur dari China telah mencipta sejenis skuter tetapi hanya menggunakan beg pakaian sahaja dan ia dikuasakan dengan tenaga elektrik.

He Liangcai menghasilkan sebuah skuter berupa beg pakaian yang dilengkapi dengan motor yang boleh ditunggang.

Kegunaannya dilihat begitu berpotensi jika di lapangan terbang.

Skuter berkenaan dicipta dengan berat 6 kilogram dengan bateri dan mampu bergerak selaju 19km sejam sejauh 59km selepas baterinya dicas penuh.

Ia bukan sahaja sebuah skuter, ia turut dilengkapi dengan alat navigasi GPS dan juga sistem penggera mencegah kecurian.

Untuk menggunakannya, penunggang akan duduk di atas beg pakaian berkenaan dan alat kawalannya mengawal tekanan kuasa, brek dan juga suis lampu.

Ketika membuat demonstrasinya, He berjaya menunggang skuter beg itu dari rumahnya ke stesen keretapi Changsha di wilayah Hunan dalam jarak kira-kira 11km.

No comments :

Post a Comment