keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

21 May 2014

HIDUP MELAYU....HIDUP MELAYU....MELAYU LAHANAT...pegawai JKM ,baitulmal dan JKKK makan gaji atau elaun buta sampai 3 keluarga hidup dalam belukar...!!!



TETAP bersemangat tuntut ilmu biarpun serba kekurangan.



KEADAAN tiga keluarga yang terpaksa tinggal dalam khemah usang.

Kuantan: “Kami sekeluarga tidak meminta lebih, sebaliknya berharap dapat berpindah ke rumah baru.

“Sekurang-kurangnya anak kami, termasuk bayi lelaki berusia 43 hari, Mohamad Hazim Hazrel Mohd Hassan tidak lagi hidup seperti gelandangan,” kata Suryati Azman, 32, antara 16 orang daripada tiga keluarga yang menghuni tiga khemah dan dua pondok kayu dalam belukar di Kampung Alur Ladang, Beserah, di sini


Dia bersama suami, Mohd Hassan Manaf, 43; ibu mentua, Timah Mohamad, 65, dua ipar dan pasangan masing-masing serta sembilan kanak-kanak tinggal di situ sejak lima hari lalu, selepas tidak mampu membayar sewa bulanan RM250 ketika menyewa sebuah rumah berhampiran.

Meskipun hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan air dan elektrik, tujuh daripada sembilan kanak-kanak itu masih meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Beserah, di sini.

Suryati berkata, mereka kini terpaksa mengharap ihsan jiran untuk mendapatkan bekalan air dan membersihkan diri terutama apabila anak mereka perlu bersiap ke sekolah.

No comments :

Post a Comment