keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 May 2014

asik siar siaran secara lansung propaganda memburuk pembangkang ,RTM dan kerajaan dah jatuh bangkrap atau bagi peluang stesen tv swasta monopoli dan kaut keuntungan ...!!!

ahmad shabery mohon maaf bahawa RTM tiada siaran langsung Piala Thomas




KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung pasukan Piala Thomas negara menumpaskan Indonesia malam tadi kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta.

Beliau berkata, RTM juga tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan negara dan Jepun esok kerana kos untuk siaran langsung melibatkan kos tinggi.

"Saya meminta maaf bagi pihak RTM kerana ramai pihak bersungut kerana tiada siaran langsung (di RTM malam tadi). Ini kerana hak penyiaran telah diambil stesen televisyen swasta.

"Kalau ingin (menyiarkan) kita (RTM) kena membayar mahal dan dalam soal ini, kita ada keperluan lain termasuk liputan siaran langsung semasa kejohanan Piala Dunia Brazil dan kos kandungan untuk sukan bukan murah, ia melibatkan berjuta-juta ringgit.

"Pada tawaran asal kos bernilai RM4 juta untuk menyiarkan (secara langsung) perlawanan itu (Piala Thomas),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, RTM memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam tadi.

Esok, Malaysia akan bertemu Jepun yang melakar sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final. - Bernama

1 comment :

  1. panda 2 ekor bernilai berjuta juta boleh di taja untuk selera 2 tenuk kepala hitam di putrajaya...mana lebih utama impian berjuta juta rakyat atau impian 2 ekor tenuk kepala hitam tukang perabih duit rakyat...?

    ReplyDelete