keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
28 May 2014
alcatel nak bersaing dengan lenovo keluarkan telefon pintar mampu milik berspesifikasi tinggi
Alcatel yang kini popular dengan OneTouch masih dikekalkan sebagai nama keluarga telefon mereka, tetapi ciri cuba ditonjolkan menerusi Pop C9 yang baru ini adalah telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan cita rasa, reka bentuk dan prestasi terbaik tanpa mengorbankan harga.
Ia dilengkapi paparan 5.5 inci qHD IPS 540 x 960 piksel dengan rekaan nipis serta pemprosesan jenis quad core 1.3 GHz.
Berdasarkan spesifikasi terbabit, ia boleh dikatakan sebaris telefon mampu milik berharga RM649
Jika kelainan yang anda cari, Pop C9 memang jawapannya. Selepas menggunakannya untuk beberapa minggu, jarang pula penguji mengalami masalah biasa seperti ‘hang’.
Dari aspek rekaan pula, telefon ini menjadi pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya walaupun harganya murah.
Jadi, anda benar-benar memperoleh telefon yang berbaloi bagi pembelian.
Telefon yang menampakkan hasil seni pembuatan halus ini membolehkannya ditawarkan pada tahap nipis 9.5mm.
Tidaklah terlalu nipis tetapi anda langsung tidak akan menghadapi masalah memuatkannya dalam poket.
Apabila dipegang, ia masih selesa dan tidak membebankan, muat dalam tangan namun yang lebih menarik perhatian adalah paparannya.
Anda boleh menikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 8.0 megapiksel di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.
Kaedah penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik.
Bagi memudahkan penggunaan, antaramukanya yang kemas menawarkan pelbagai aplikasi menarik untuk diletakkan di depan. Oleh itu, anda boleh menjadikan telefon ini mengikut cita rasa anda yang tersendiri dengan mudah.
Ketahanan bateri? Selepas diuji, penggunaan aktif mampu memberikan kekuatan sehingga tempoh tujuh jam.
butiran lanjut di sini
Labels:
alcatel
,
telefon pintar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment