keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

29 May 2014

forbes umum 100 wanita paling berkuasa di dunia...tapi wa nak umumkan seorang wanita paling gila kuasa di malaysia....!!!



wanita paling berkuasa di dunia...





betina paling berkuasa di malaysia  sampai lakinya jadi dayus...juga bukan lakinya pun join jadi dayus....berkuasa sungguh rosmah


SINGAPURA 28 Mei - Forbes hari ini mengumumkan ulang tahun ke-10 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, dengan Canselor Jerman, Angela Merkel mendahului senarai tahun ini bagi tahun keempat berturut-turut.

Ia merupakan kali sembilan Angela berada dalam senarai itu.

Ini diikuti Pengerusi Rizab Persekutuan US Janet Yellen di tempat kedua, dan Pengerusi Bersama Bill (amp) Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, sekali lagi di tempat ketiga.

Dilma Rouseff, Presiden Brazil, turun dua tempat di Nombor 4 manakala Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, naik dua anak tangga ke tempat kelima.

"Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, wanita-wanita mengkagumkan dari seluruh dunia ini akan terus membuat impak berpanjangan dalam semua aspek kehidupan kita di dunia," kata Moira Forbes, Presiden Forbes dan Penerbit ForbesWoman. - BERNAMA



betina paling berkuasa di malaysia mengalah kan perdana menteri sampai mampu pikul panda dari china ke malaysia...bukan sikit anak kosnya rm 25 juta ...siap layanan vip lagi  beruang panda tu...berkuasa sungguh betina ini...sampai lakinya ikut telunjuk bini...beri makan panda tapi kasi mampos  rakyat...lakinya terkucil buah di buatnya

Najib, Rosmah lawat pasangan panda di Zoo Negara


Rosmah dah capai cita-cita sertai kabinet suaminya



Pertama dalam sejarah Malaysia, isteri Perdana Menteri begitu ‘over’ menunjuk lagak seolah-olah beliau salah seorang menteri kabinet suaminya, Najib.

Tanpa rasa segan dan malu, tanpa memikirkan apa yang nak cakap, beliau dengan senang hati menempatkan dirinya di bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Rosmah pasti tidak mengambil pengajaran apa yang berlaku di Tunisia bagaimana ketua kerajaannya disingkirkan kerana si isteri kepada ketua negara itu dikatakan terlalu ‘over’ dalam penyalahgunaan kuasa suaminya.

Tak mustahil, kerajaan Najib akan mengikut langkah kerajaan Tunisia. Amatlah malu, jika si suami sebagai Perdana Menteri hanya diundurkan dari tampuk pemerintahan secara tidak hormat akibat sifat mengada-mengada si isterinya.

Harakahdaily - Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.

“Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?” soal beliau.

Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.

“Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.

Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.

“Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.

Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.

Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

No comments :

Post a Comment