keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

27 May 2014

sistem penggera rumah yang murah




Kadar jenayah dilihat terus meningkat dipercayai ekoran peningkatan kos sara diri yang mahal di bandar-bandar utama. Di kawasan perumahan contohnya, berlaku beberapa kes pecah rumah ketika penghuni tiada untuk bekerja ataupun pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kebanyakan orang ramai mahu menggunakan sistem penggera komersial tetapi kos pemasangan dan yuran tahunan adalah agak mahal. Kenapa sehingga kini tidak ada khidmat sistem keselamatan yang mampu milik? ‘Korner’ mungkin jawapan kepada masalah ini. Ianya sistem penggera yang dipasang sendiri tanpa anda perlu membayar yuran perkhidmatan tahunan.

Pengesan pergerakan berbentuk tiga segi dilekapkan pada hujung pintu ataupun tingkap yang ingin anda pantau. Apabila ianya dibuka, pengesan akan menghantar isyarat kepada alat ‘dongle USB’ yang disambungkan kepada komputer di rumah anda. Dongle ini kemudian akan mengeluarkan bunyi penggera berfrekuensi tinggi serta menghantar maklumat berlaku pencerobohan kepada peranti pintar anda. 

Sebanyak 15 pengesan gerakan boleh disambungkan kepada sebuah dongle penggera pada satu-satu masa. Setiap satu pengesan ini boleh digunakan selama tiga tahun sebelum baterinya perlu digantikan Korner sedang dalam proses mencari dana untuk penghasilan secara komersial. Anda boleh memesannya pada harga AS$89 Dolar Amerika (RM286) sebuah di laman web rasminya.

No comments :

Post a Comment