keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 May 2014

dakwaan bawa masuk panda bazir wang rakyat tidak masuk akal atau menteri kangkung ini yang hilang akal...binatang di utamakan rakyat ramai lagi yang bakal mampos kelaparan...janji pulus masyukk dalam poket kroni kroni kamu....!!!




Pendapatan hasil jualan tiket bagi menyaksikan pasangan beruang panda China, Fu Wa dan Feng Yi, di Zoo Negara boleh mencecah RM1 bilion dalam tempoh 10 tahun berbanding keseluruhan kos penjagaan hanya RM100 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata anggaran berkenaan jelas menolak dakwaan pembangkang bahawa usaha kerajaan membawa masuk pasangan panda tersebut yang dipinjamkan oleh kerajaan China sebagai membazirkan wang rakyat.

"Kerajaan hanya membayar RM10 juta daripada RM100 juta itu untuk membeli makanan yang diimport dan menyelenggara alat hawa dinginnya.

"Bakinya dibiayai oleh syarikat-syarikat korporat," kata Hamim berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pegawai Masjid dan Surau Cawangan Ledang, di Tangkak, hari ini.

Hamim berkata beliau kesal kerana kesediaan kerajaan China meminjamkan pasangan panda itu dijadikan isu oleh calon DAP dalam kempen Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Katanya, pembangkang tidak sedar bahawa tidak semua negara mendapat penghargaan dari China kecuali negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan yang baik dengan negara tersebut.

"Dagangan Malaysia ke China kini sudah melebihi RM100 juta setahun dan dianggarkan akan mencecah RM1 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Ini semua adalah kerana hubungan baik antara dua negara yang bermula sejak 40 tahun lalu," katanya. – Bernama


bab membazir duit rakyat najib  laki bini  no 1...

Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda itu disewakan atau dipinjamkan?

1 comment :

  1. Kerajaan menggunakan alasan 'hubungan baik malaysia -china' untuk menjalankan perniagaan 'Panda'. Kos dikatakan ditanggung oleh pihak swasta juga meragukan. Sama macam kerajaan anjurkan program belia 'gangnam style' di pulau pinang. Kerajaan suka buat 'sarkas' dan 'magic' yang jelas membazir dana rakyat. Laporan Audit Negara banyak menampakkan kepincangan kerajaan sejak dulu lagi, tapi ahli politik suka putarbelit dan berdusta. Mereka tetap meneruskan sikap boros dan korup tanpa ada rasa bersalah.

    so wa nak tau nama syarikat swasta yang dengan begitu bodoh dan banggang menanggung binatang biawak hidup ini...kalau setakat cakap semua orang boleh bercakap..so cakap syarikat apa..kita semua nak tau...kalau tak kita anggap menteri ini sengaja nak kelabu mata rakyat...


    lagi satu...Jangan cerita 10 tahun..akan datang pasal panda tu.hang pun dah.meninggal kot.10 tahun akan datang macam2 boleh berlaku.biasanya rugi bukan untung...

    ReplyDelete