keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

28 May 2014

400,000 netbook tiada kualiti untuk guru...kencingkan guru malah satu projek faraidkan duit rakyat untuk kroni...kerajaan UMNO memang CELAKA...!!!



UMNO memang celaka...projek faraid untuk kayakan kroni...duit rakyat juga yang di rembat


Cadangan kerajaan bagi membekalkan netbook kepada 400,000 guru perlu dikaji keberkesannya terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.

Pertanyaan kita , untuk apa dibekalkan komputer tersebut? Bagi kita ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.

Alasannya mudah,sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.

Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.

Oleh itu, kita tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.

Adalah lebih baik guru diberi peruntukan untuk menyelenggarakan komputer mereka seperti lesen untuk antivirus dan langganan internet.

Oleh itu, semoga rancangan kerajaan membekalkan netbook kepada para guru ini dapat dinilai semula.

Pemberian netbook kepada guru adalah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menghargai jasa pendidik.

Shabery dalam kenyataanya berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.

No comments :

Post a Comment