keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

16 May 2014

pemimpin ISMA bodek kerajaan najib untuk jawatan senator atau menteri dengan cuba cetuskan rusuhan kaum tragedi 13 mei....!!!



Pertubuhan kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menuduh tindakan DAP dan kaum Cina menentang Islam akan menyebabkan tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang kembali.

Naib presidennya, Abdul Rahman Mat Dali (gambar) berkata jika dibiarkan ia mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara kepada negara.


"Semua perjuangan dan tindakan DAP dan kaum Cina yang sehaluan dengannya adalah mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada.


"Perjuangan mereka sangat menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Justeru, mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969 jika dibiarkan," kata Abdul Rahman dalam artikelnya yang disiarkan di laman web Isma.


Abdul Rahman menuduh DAP bertanggungjawab menggugat kepentingan Melayu di samping menghina kesucian agama Islam.


"Mereka terus mengkritik keras bantuan-bantuan kepada orang Melayu, kewujudan Mara, UiTM, MRSM, biasiswa, kuota Melayu dan banyak lagi tindakan yang menghina dan mengguris hati kaum Melayu.


"Pemimpin DAP juga berjua membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu. Mereka juga menentang pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud," katanya.‎


Beliau menyifatkan tindak-tanduk oleh DAP tersebut berpunca daripada keangkuhan selepas menerima sokongan kuat daripada kaum Cina semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


"DAP yang mendapat sokongan hampir 90% kaum Cina menjadi lebih angkuh dan berani mendesak kerajaan demi kepentingan kaum Cina," katanya.


Beliau juga mengingatkan kaum Cina mengenai kontrak sosial semasa negara mencapai kemerdekaan dahulu, khususnya kesediaan kaum Melayu menerima pendatang asing yang dibawa masuk ke Malaysia.


"Parti ini tidak mengiktiraf atau buat-buat lupa kontrak sosial yang dibuat semasa ambang kemerdekaan dahulu di mana orang-orang Melayu berkorban menerima pendatang asing sebagai warganegara secara borong dalam semangat kontrak sosial itu walaupun kesetiaan kepada tanah air tidak dipastikan ketika itu.


"Ada yang langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu," katanya.


Sebelum ini juga, Isma mencetuskan kontroversi apabila mengatakan kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah "penceroboh" dan mempersoalkan kerakyatan dan kekayaan diberikan kepada mereka.


Kenyataannya mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Cina, dengan ahli-ahli politik pelbagai kumpulan menuntut tindakan diambil terhadapnya.


Laporan polis juga dibuat oleh DAP dan MCA ke atas Isma.


Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membidas Isma dan mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.


"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada negara ini," kata Dr Mahathir.


Selain itu, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global mendesak Putrajaya mengambil tindakan dan membendung pandangan ekstremis oleh Isma.


"Kita perlu menerima setiap rakyat negara ini dengan seadanya, iaitu tanpa mengira agama, kaum, keturunan, bahasa, tempat lahir dan gender seperti yang terkandung dalam semangat kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.


"Sekiranya muncul suara-suara sumbang, maka kita perlu menanganinya dengan kepantasan, keberanian dan kebijaksanaan. Ada kalanya, suara sumbang itu tidak lebih daripada perlakuan devian oleh seseorang individu atau perlakuan khilaf oleh sesebuah kumpulan," kata beliau

1 comment :

  1. Mamat ni nampaknya dah melampaui batas... tak perlu takutkan kami dengan 13 may... rakyat malaysia dah matang dan sentiasa berfikir keselamatan dan kebaikan dalam bermasyarakat. Mamat ni tak kena pulak akta hasutan.... bebas cakap sesuka hati tanpa fikirkan masyarakat majmuk...

    macam taktik zul kolom jugak sibuk dengan dakyah perkauman akhirnya dapat jawatan senator...nampaknya mamat nie dah nampak lubang taik mana yang dia nak masuk....ceh....pengotor punya malaun sebegini...!!!

    ReplyDelete