keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 May 2014

hah ini baru betul anjing politik...kerja hakiki tak buat...penjenayah bermaharajalela tapi polis jadi budak suruhan UMNO/BN...!!!!

Polis Terengganu pantau media baharu, kesan penyebar berita palsu




Polis Terengganu meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak sahih menerusi media baharu berhubung situasi politik di negeri itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kekecohan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan menurut undang-undang sedia ada.

"Saya lihat aktiviti penyebaran ini semakin berleluasa dan antara berita terbabit ialah pembubaran dewan undangan negeri, beberapa Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) bakal keluar parti, perhimpunan serta perarakan, namun semua itu tidak benar," katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu.

Sehubungan itu katanya polis kini bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau media baharu.

Dalam pada itu, Jamshah berkata sekalipun keadaan di Terengganu masih terkawal, polis akan meningkatkan rondaan di beberapa lokasi strategik bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

"...kita minta pemimpin politik menasihati penyokong agar tidak melakukan provokasi, perarakan dan sebagainya yang boleh mencetuskan kekecohan sebaliknya mengunakan saluran yang betul untuk tujuan itu," katanya.

Keadaan politik di Terengganu menjadi panas setelah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar Umno awal hari ini dan menjadi Adun Bebas.

Mereka disusuli Adun Bukit Besi Roslee Daud.

Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu semalam dan ini diikuti pelantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar baharu malam tadi. – Bernama

No comments :

Post a Comment