keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

09 May 2014

pertandingan jinakkan lembu jantan diharamkan di india



Dua lelaki cuba menjinakkan seekor lembu jantan di sebuah kampung dekat Madurai, India pada 15 Januari lalu.

NEW DELHI - Sebuah mahkamah di India mengharamkan pertandingan berlari dengan lembu jantan yang merupakan satu tradisi turun-temurun di negara ini kerana beranggapan ia merupakan satu kekejaman terhadap haiwan.

Larian lembu yang dikenali sebagai Jallikattu itu merupakan acara kemuncak festival Pongal di kampung-kampung di selatan negara ini bagi meraikan musim menuai padi.

Lelaki-lelaki yang mengambil bahagian pada pertandingan itu akan berlari di sebelah lembu jantan dan berusaha memegang tanduk atau melompat ke atas badan haiwan berkenaan bagi menjinakkannya.

Hakim di sebuah mahkamah tinggi, K.S. Radhakrishnan dalam penghakimannya berkata, setiap haiwan mempunyai maruah dan hak untuk hidup dengan aman.

"Siasatan menunjukkan bahawa lembu jantan yang digunakan pada pertandingan itu dilayan dengan sangat kejam dan mengalami penderitaan yang teruk," katanya


No comments :

Post a Comment