keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 May 2014

belon terbesar di dunia














Keterujaan menaiki belon udara panas pertama kalinya dalam hidup adalah satu pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Ia pengalaman menyeronokkan dengan pemandangan mempesona ketika belon udara panas itu terapung di udara.

Semasa berada di dalam gondola, jangan panik, jangan lompat dari gondola, kalau mendarat, bengkokkan lutut sedikit, pegang tali yang disediakan dan nikmati penerbangan anda,” kata  Jonas Van Doorsselaere, juruterbang belon

Bagi pengunjung, fiesta belon udara panas ini ibarat satu pertunjukan belon berwarna-warni yang cantik

Namun, bagi juruterbang, ada persaingan atau pertandingan yang dipanggil ‘Rudy’s Trophy’ atau dikenali sebagai Hare & Hound.

Belon Hare ini untuk mengenal pasti kawasan pendaratan yang sesuai dengan menurunkan penanda untuk rujukan belon lain.

Peranan ‘Hound’ untuk menurunkan penanda paling hampir dengan kawasan sasaran dan mendapat markah tertinggi.

Markah dikumpulkan sepanjang empat hari fiesta itu dan belon yang mendapat skor tertinggi akan menerima Rudy’s Trophy.

Daripada persaingan inilah kita boleh lihat kecekapan pengiraan matematik serta fizik setiap juruterbang.

Pemandangan saat itu cukup indah dalam formasi yang pelbagai dan langit seperti disimbah pelbagai warna.

Belon Superbike diterbangkan Rer Lindstarnd dari United Kingdom antara belon terbesar di dunia mencuri perhatian.

Belon berbentuk kon ais krim diterbangkan oleh Benoit Simeons dari Belgium,  dipandu oleh Yu-Ju Ha dari Taiwan dan belon ‘Darth Vader’, karakter filem Star Wars, dipandu Benoit Lambert dari Belgium turut menarik perhatian.

Antara negara yang mengambil bahagian tempohari  di  Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014  ialah  Hong Kong, Korea, Sepanyol, Perancis, Australia, United Kingdom dan Vietnam.

Malaysia diwakili belon udara panas dengan slogan ‘Together-gether’ dan penampilan buat kali pertama di Asia, belon UNICEF dengan slogan ‘Flying High For Kids’.

Belon-belon udara panas ini akan terapung di udara sebanyak dua kali sehari iaitu pada jam 7 pagi dan 6 petang.

Belon-belon udara panas ini hanya boleh terapung sehingga jam 10 pagi kerana udara di dalam belon itu perlu lebih panas daripada udara di luar.




No comments :

Post a Comment