keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

04 May 2014

inilah banggang seorang PM satu malaysia...tuduh pembangkang kutuk GST tapi tidak sedia alternatif,...dah bagi alternatif dah tapi dia ni yang bahlol....jangan kenakan GST tapi dia ni nak jugak menyusahkan rakyat.....!!!!

Pembangkang kutuk GST tapi tidak sedia alternatif, kata Najib





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST.

"Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan GST, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka.

"Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara," katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat berintelektual kerana mereka sentiasa inginkan input yang lebih rasional mengenai sesuatu perkara.

Menurutnya kerajaan mempunyai asas rasional yang cukup konkrit untuk melaksanakan GST di negara ini.

"Lebih 160 buah negara sudah perkenalkan GST, kita patut sedar bahawa inilah jalan terbaik untuk menjamin masa depan negara," jelas beliau.

Perdana menteri juga berkata beliau menyokong penuh MSM, yang ditubuh tahun lepas dan dibuka kepada semua anggota Dewan Negara dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Senator BN.

Beliau berkata dengan kepelbagaian latar belakang dan kepakaran Senator, kualiti perbahasan Dewan Negara dilihat semakin meningkat.

"Dengan pelbagai latar belakang, ia meningkatkan mutu perbahasan dan boleh mengimbangi Dewan Rakyat bukan sahaja dari sudut dasar-dasar yang dibawa mana-mana parti politik, tetapi apabila sampai ke Dewan Negara ia boleh membawa perspektif yang berbeza," katanya.

Beliau berkata dengan keseimbangan ini akan memberi manfaat yang besar kepada kerajaan dan memberi input yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Najib berkata Dewan Negara tidak seharusnya dilabel sebagai "rubber stamp" oleh sesiapapun kerana peranan yang dimainkan oleh para senator juga cukup penting dalam menggubal undang-undang.

"Saya diberitahu bahawa perbahasan dalam dewan sangat rancak kebelakangan ini sehingga baru-baru ini Dewan Negara mencatat sejarah perbahasan sehingga 12.43 pagi kerana ingin meluluskan usul titah Diraja," katanya.

Mengenai peruntukan tambahan untuk elaun anggota Dewan Negara, Najib berkata beliau akan membincangkan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu.

1 comment :

  1. alternatif dah bagi dah...tapi bapak anjing ini mana nak paham...dia pikir politik kangkung dia dengan rosmah ajer...orang suruh jangan buat GST dia suruh kita cari alternatif lain nak melanun rakyat...PM paling bodoh dan banggang...otak kangkung...patutnya dah lama rakyat pelangkung kepalanya...!!!!

    ReplyDelete